Enggan Digelar Penyanyi Nasyid Lagi, Kini Suhaimi Saad Tubuh ‘Grup Nyanyian’ Dngan lsteri & Anak2

“Saya akan terus menyanyi mengikut cara sendiri dan selagi ada suara. Tanpa jenama nasyid pun saya masih boleh berkarya.”

Demikian kata kata Suhaimi Saad selepas mengumumkan yang beliau tidak mahu lagi digelar penyanyi nasyid, namum menubuhkan grup nyanyian bersama anak anak dan isterinya

Awal minggu lalu, industri hiburan Tanah Air ‘dikejutkan’ dengan pengumuman bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad yang enggan lagi digelar penyanyi nasyid.

Oleh itu, dia meminta orang ramai tidak melabelnya sebagai penyanyi lagu nasyid seperti sebelum ini.

Tubuh grup nyanyi dengan keluarga

Namun begitu, menerusi Harian Metro, Suhaimi memaklumkan yang dia bersama isteri, Ina Naim dan empat anak mereka iaitu Ehmad Hadie El Fardie, 13; Sallman El Khoyri, 11; Phyrosh Ed Fadwah, 9; dan Nurlayla El Ghufrony, 7 telah menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian sekitar Januari lalu.

“Saya akan terus menyanyi mengikut cara sendiri dan selagi ada suara. Tanpa jenama nasyid pun saya masih boleh berkarya.”

“Justeru saya menghasilkan album bersama kumpulan Bismillah yang ditubuhkan pada Januari lalu. Ia dianggotai saya dan isteri, Ina Naim serta anak-anak,” katanya.

Lagu berunsuf positf & ᴋᴇᴛᴜʜᴀɴᴀɴ

Penyanyi yang kerap kali mengeluarkan kenyataan ᴋᴏɴᴛʀᴏᴠᴇʀꜱɪ itu juga bertegas enggan digelar kumpulan nasyid atau genre berkenaan kerana merasakan mereka hanya menyanyikan lagu yang berunsur positif, nasihat dan ᴋᴇᴛᴜʜᴀɴᴀɴ.

“Ikutkan ramai juga artis pop lain buat macam ini dan mereka tak dipanggil penyanyi nasyid pun. ujarnya.

Menurut sumber lagi, Suhaimi menyatakan bahawa mereka akan mengeluarkan sebuah album nyanyian dan akan dipasarkan  dengan harga RM30 berbentuk CD dan hantaran file.

Semua urusan boleh menghubunginya menggunakan aplikasi whatsApp dan penghantaran secaara pos.

Terdahulu, Suhaimi Saad kerap kali mengeluarkan kenyataan yang agak ꜱᴇɴꜱɪᴛɪꜰ dan bertentangan  mengenai isu-isu besar seperti ᴠᴀᴋꜱɪɴ dan juga prosedur operasi standard (SOP) yang ᴍᴇɴᴄᴇᴛᴜꜱᴋᴀɴ ᴘᴇʀʙᴀʟᴀʜᴀɴ di media sosial.

Hal ini membuatkan namanya sentiasa menjadi ‘sebutan’ dan kerap trending kerana isu-isu baru yang hangat dibualkan di media sosial.

Sumber: Harian Metro / ohmymedla

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*