Aliff Syukri Buat Kejutan Di Gegar Vaganza Final Tetapi Ini Luahan Perasaan Dia Selepas Kejadian Itu

Malam ini, enam finalis konsert akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) bakal berentap untuk merebut takhta juara. Mereka ialah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Zamani, Maya dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi konsert separuh akhir, pasangan hos Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan senarai lagu tugasan yang bakal didendangkan mereka. Membawa tema duet dan ‘battle’, para finalis akhir ini telah diberi cabaran untuk menyampaikan dua buah lagu.

Buat julung kalinya dalam sejarah, peserta dikehendaki membawakan lagu duet bersama artis jemputan di konsert kemuncak. Manakala untuk persembahan kedua, mereka dicabar untuk menyanyikan lagu di luar lingkungan zon selesa masing-masing.

Berikut lagu tugasan konsert akhir GV5:

senarai lagu tugasan konsert akhir gegar vaganza 5 2

Lagu Duet

1. Noryn Aziz & Awi Rafael – Laskar Cinta (Dewa 19)

2. Amelina & Bob – The Power Of Love (Celine Dion)

3. Dia Fadila & Ajai – Makin Aku Cinta (Anang & Kris Dayanti)

4. Maya & Ernie Zakri – Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor)

5. Zamani & Ameng – Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M.Nasir)

6. Billy Zulkarnain & Idayu – Curiga (Ning Baizura)

Lagu ‘Battle’

1. Where Is the Love (The Black Eyed Peas) – Noryn Aziz vs Dia Fadila

2. Teman Pengganti (Black & Malique) – Amelina vs Maya

3. Bunga (Altimet) – Billy Zulkarnain vs Zamani

Konsert akhir GV5 bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), serta dikeudarakan secara langsung di saluran Astro Ria pada 18 November, jam 9 malam.

Keputusan diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim, serta juri undangan.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal menerima ganjaran wang tunai RM100,000, manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk pemenang ketiga.

Diikuti tangga keempat, kelima dan keenam mendapat habuan wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000. Kesemua mereka juga akan dikurniakan trofi.

Sementara itu berikut adalah komen daripada pengamal media yang sempat mengulas tentang siapa pilihan mereka yang akan menjuarai Gegar Vaganza 5

Rata-rata mereka memilih Noryn Aziz dan Amelina. Kenapa ya? Apa kelebihan kedua-dua peserta ini berbanding yang lain?

Kenapa Aliff Syukri Sentap?

Sebelum ini Aliff Syukri tidak hadir ke konsert Gegar Vaganza selepas kontroversi beliau ‘tersasul’ sehingga dikecam netizen. Tetapi untuk Final Gegar Vaganza, beliau buat sesuatu yang lain. Pada mulanya hos Gegar Vaganza terkejut apabila anak anak Aliff Syukri berada di kerusi Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida.

Tiba tiba Aliff Syukri muncul dari pintu masuk dan menyanyikan lagu terbaru beliau, Biar Apa Orang Kata. Ketika tiba di pentas Gegar Vaganza dan disambut oleh Nabil dan Jihan, beliau telah diperli.

Lihat Video Di Bawah

Tidak lama selepas itu beliau memuat naik satu status di instagram beliau.

sukar sy ungkapkan perasaan terhina… kalau sy tahu tak mcm ni tak payah yanyi #biarapaorgkata lagi bagus.. .. btw siapa nak tngok full aong lagu ni dah relase di youtube sy tv terlajaklaris

Adakah kerana apa yang dikatakan oleh Nabil dan Jihan buat Dato Aliff Syukri tersentap? Apa pun kepada Dato Aliff Syukri tak perlu sentap sebab mereka adalah pelawak dan memang cara mereka untuk bergurau begitu.

Artikel By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*