Aliff Syukri Terkejut Terima Berita Yang Mengatakan Anaknya Disyaki Mengidap Sejenis Penyakit

Allahu, bermacam macam dugaan yang Dato Aliff Syukri terima. Ini ujian dari Allah SWT untuk beliau dan semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi semua ini.

Baru baru ini tular tentang satu kontroversi Dato Aliff dengan Gegar Vaganza dan kerana itu bermacam macam masalah timbul dan baru baru ini penyanyi Santesh dan Harry Khalifah akan menghantar peguam kerana mereka rasa Aliff Syukri melampau sehingga menyentuh tentang warna kulit Santesh.

Belum cukup dengan itu, dugaan beliau bertambah apabila salah seorang pengikut Dato Aliff Syukri memberitahu bahawa anaknya munkin mengidap penyakit Down Sindrom.

Dalam beberapa posting Instagram Dato Aliff dia pernah beritahu bahawa anaknya Qoyyum kurang respond bila ditegur dan tiada reaksi dan selalu ternganga.

Akan Cuba Ikhtiar

Abah akan cuba yg terbaik.. Sebenarya sy gak pelik bila yom dah setahun ttp dia agak slow respon, mata x memandang org cakap, mulut 24jam terbuka, pergerakan dan dan punya banyak sakit takut ada masalah lain.. berbanding anak saya yg lain.. kami sedang buat rawatan utk yom.. Ada cara lain tak selain jumpa doktor

Aliff Syukri Rasakan Anaknya Adalah Autism

apa patut sy buat saya rasa mcm sedikit tertekan.. kami dah jumpa doctor… tpi doktor suruh sy refer hopital pakar.. sy rasa dia mcm autisem laa..

Reaksi Anak Aliff Syukri Bila Di Agah Bibik …

Jika anda lihat video di bawah pembantu rumah / bibik Dato Aliff Syukri cuba sedaya upaya untuk mengagah atau mengusik anak kecil ini tetapi dilihat tiada respond langsung. Dia akan sentiasa memandang ke atas sambil mulut ternganga. Adakah ini salah satu tanda autism atau down sindrom?

Apa pun kami harap Dato Aliff Syukri cuba periksa dengan pakar dahulu dan rasa Dato masih mampu untuk mencegah atau menjaga sekiranya benar anak Dato ada penyakit ini.

Boleh rujuk dengan ibu bapa lain yang mempunyai anak seperti ini supaya mudah untuk Dato. Perkara ini harus diambil serius dan jika Dato tidak tahu, sudah tiba masanya untuk belajar. Insyallah. Semoga dipermudahkan.

Artikel By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*