Aliff Syukri Tunjuk Cara Yang Betul Bawa Harley Davidson. Apa Yang Terjadi Di Akhir Video Buat Netizen Geli Hati

Dato Aliff Syukri, satu nama yang agak besar dalam industri kosmetik Malaysia. Nama beliau juga dikatakan lebih popular dari selebriti selebriti lain dalam Malaysia.

Beliau sering dikaitkan dengan bermacam macam kontroversi dan 2018 adalah tahun yang paling banyak kontroversi untuk Aliff Syukri. Pada tahun 2019, kelihatan Dato Aliff Syukri sudah lebih berhati hati dan setakat ini tiada apa apa kontroversi yang akan buat netizen mengecam.

Aliff Syukri Tunggang Motor Harley Davidson

Baru baru ini Dato Aliff Syukri memuat naik satu video di instagram rasmi beliau menunjukkan beliau sedang cuba untuk menunggang motorsikal berkuasa besar Harley Davidson. Motorsikal tersebut memang antara motor yang mahal harganya dalam pasaran.

Dengan hanya pakai baju tidur (jubah) dan pakai helmet membuat ramai netizen terhibur. Menurut kapsyen yang dimuat naik oleh Aliff Syukri.

“Jom sy ajar korang bawa herly utk mereka yg baru nak belajar..,tag siapa punya motor besar”

Dengan bunyi yang kuat dan mimik muka Aliff Syukri, dia mula menolak motor tersebut. Netizen gelihati rupa rupanya mana ada Aliff Syukri bawa motor pun. Rupa rupanya di belakang Coach Yin yang tolak motor tersebut. Haha!

Video Penuh

Respond Netizen ..

malam_kamis “Hahaha ngekeh kali liat dato,padahal lagi galau liat vdio ini hahaha hilang stres,terimakasih dato”

faradeeana “Dato @aliffsyukriterlajaklaris…post cenggini baru best dato.. Tak yah bwk harley dato.. Bwk skuter lg hellok… Manizz sikit.. ”

anizajohari “@shun_jamal dato mengayuh ke mcm mana tu. kau byg dia press moto tu. Dgn berjubahnya. aduhhh aku penat lh repeat ”

Artikel By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*