Allahu. Anggota Bomba Adib Perlukan Doa Rakyat Malaysia. Ini Perkembangan Terkini Adib Dari Pihak IJN

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cdera p4rah selepas diseraang dalam insiden rusuhaan di kuil Sri Maha Mariamman USJ25, Subang Jaya, 27 November lalu, dilaporkan semakin merosot dan membimbangkan.

Hal demikian, doa seluruh rakyat Malaysia sangat diperlukan ketika ini untuk menstabilkan semula tahap kesihatannya.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, fungsi paru-paru Muhammad Adib mengalami kemerosotan yang progresif.

“Selepas menjalani pemerikasaan, paru-paru Muhammad Adib menunjukkan tanda-tanda penyatuan dan pengerasan pada tisu paru-paru. Kondisi itu menyebabkan pertukaran gas tidak efektif.

“Bukan itu sahaja, fungsi buah pinggangnya juga bertambah buruk, sehingga menyebabkan dia memerlukan semula sokongan dialisis,” kata IJN.

Hal demikian, IJN telah mengadakan sesi perbincangan dengan beberapa disiplin perubatan memutuskan untuk menggunakan semula mesin sokongan Veno-Venous Extracorporeal Membrane Oxygenation (vv-ECMO) pada jam 9 malam semalam bagi membantu paru-parunya berfungsi.

“Dalam situasi ini, penerimaan lawatan sangat terhad.

“Kami (IJN) sangat mengharapkan doa daripada rakyat Malaysia untuk mengembalikan kesihatan Muhammad Adib,” ujarnya.

Sumber Artikel : Sinar Harian.

Notakaki: Mari kita doakan kesihatan adib. Insyallah dengan doa rakyat Malaysia boleh membantu. Mohon pihak keluarga Adib bersabar. Moga dipermudahkan – KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*