Muatnaik Gambar Terakhir Bertiga Di Fizo Mawar Kitchen, Mawar Karim Jelaskan Apa Yang Sedang Berlaku

Umum pastinya tahu tentang perpisahan selebriti popular Fizo Omar dan Mawar Kareem sebelum ini.

Malah, ramai yang ingin tahu tentang status perniagaan perkongsian mereka iaitu Restoran Fizomawar Kitchen.

Usahawan tudung, Mawar Karim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan pelanggan yang pernah menyokong perniagaannya bersama aktor Fizo Omar iaitu Restoran Fizo Mawar Kithchen (FMK) sebelum ini.

Sempena hari terakhir perniagaan itu dijalankan semalam, Mawar menjelaskan dia dan Fizo mempunyai alasan tersendiri mengapa ia tidak diteruskan.

Mawar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi laman Instagram, Mawar telah memuatnaik gambar terakhir dirinya bersama Fizo di FizoMawar Kitchen dan mengucapkan terima kasih buat pelanggan yang menyokong mereka selama ini.

Mawar berharap tiada lagi spekulasi dikeluarkan oleh mana-mana pihak mengenai dia dan bekas suami, yang diibaratkan seperti mahu menuang minyak ke api.

“Diharapkan sangat lepas ini tiada lg cerita dari mana-mana pihak especially yang ada ‘kaitan’ antara saya atau Fizo mengeluarkan status /cerita di media sosial yang ‘konon tahu cerita ‘sekaligus akan menimbulkan ‘pelbagai tanggapan dari pihak ramai’.

“Tidak perlu la ‘orang terdekat’ mencampuri urusan saya dan Fizo. Anda hanya melihat,mendengar tetapi saya dan Fizo sahaja yang tahu perkara /merasa perkara yang sebenar berlaku.

“ Erti kata tidak perlu menuang minyak ke dalam api ataupun tidak perlu la menegak benang yang basah,” jelasnya.

Mawar juga turut memberitahu meskipun mereka bukan lagi suami isteri tetapi kereka tetap meneruskan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada satu-satunya anak mereka Maryam.

“Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lagi tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar, memberi didikan kepada Maryam.

“Fokus utama adalah Maryam. Maryam pengubat hati saya selama ini .Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa,diberkati,dipelihara oleh-Nya,” luahnya lagi.

Pasangan ini membuat keputusan untuk menutup perniagaan yanh dijayakan bersama itu selepas sah bercerai pada 10 Julai lalu.

Hasi perkahwinan Mawar dan Fizo yang berkahwin pada November 2013 itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Perkongsian Penuh Mawar Karim Dari Laman Instagramnya :

Salam semua. Pertama sy ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga khususnya buat pelanggan yg sentiasa supports FMK selama ini. Hari ini adalah hari terakhir operasi FMK. Menjadi 1001 kenangan selepas ini. Ini hg gambar terakhir kami bertiga di FMK

Rata2 sy mendapat feedback memberi pendapat ‘rebranding’ restaurant ini. Sy dan Fizo mempunyai alasan yg sngt personal. Terima kasih kalian yg sangat memahami situasi kami. Di sini jgk terlalu peribadi utk sy ceritakan berapa ‘modal / pelaburan yg telah sy dan Fizo keluarkan’, ‘keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung sy terima selama 4 tahun FMK.’

Mari kita doakan Semoga Fizo dapat terus kan usaha dalam F&B selepas ini, kerana minat beliau dlm bidang ini sangat mendalam. Diharap kan sangat lepas ini tiada lg cerita dari mana2 pihak especially yg ada ‘kaitan’ antara sy atau Fizo mengeluarkan status /cerita di media sosial yg ‘konon tahu cerita ‘sekaligus akan menimbulkan ‘pelbagai tanggapan dari pihak ramai’.

Tidak perlu la ‘orang terdekat’ mencampuri urusan sy dan Fizo. Anda hanya melihat,mendengar tetapi sy dan Fizo shj yg tahu perkara /merasa perkara yg sebenar berlaku. Erti kata tidak perlu menuang minyak ke dlm api ataupun tidak perlu la menegak benang yg basah.

Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lg tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar,memberi didikan kepada Maryam. Focus utama adalah Maryam. Maryam pengubat hati sy selama ini .

Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa,diberkati,dipelihara oleh-Nya. .

#iniadalahsatu2nyagambarlastkamidifmkdiharapkanjanganpulakadaygtakbolehtidomalamtengokgambarniatausakithatiyatinggalkenangansematamata #ygpastikitaperluberhati2denganmanusiatalambanyakmukamulutdepanmanismacamgulaacah2lemahlembuttuturbahasasopansantuntapibelakangmasinyaampun #takperlugigihsangatstgimulalasampaifakeaccmunculdekatwallacah2taucerita #anggapsajatiadakaitanantarahidupdanmaticumaperingatansemata2 #hashtagkaliniagakpanjangtaktaublhbacakatak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak / Yoy Network / Viddy Media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*