Amyra Rosli Tepis Tangan Peminat. Akhirnya Dia Tampil Buat Penjelasan Kenapa Dia Menepis Tangan Peminat

PELAKON, Amyra Rosli, 27, mengakui sedikit ‘agresif’ dalam memastikan anaknya, Aqeef Anaqi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Dia juga memohon maaf sekiranya tindakannya yang terlalu menjaga anaknya itu membuatkan beberapa pihak terasa hati.

INI SEBAB KENAPA AMYRA ROSLI TERPAKSA TEPIS TANGAN PEMINAT APABILA MEREKA CUBA SENTUH

“Saya memang sangat ‘protective’ apabila membabitkan anak saya. Baru-baru ini, ada peminat yang nak menyentuh anak saya, tapi saya secara tak sengaja tertepis tangannya dan nampak seperti kasar.

“Saya minta maaf sekiranya tindak balas saya itu akan membuatkan ada pihak yang terasa hati atau menganggap saya berlaku kasar,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah bintang drama bersiri Nur itu lagi, dia melakukan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anaknya.

“Baru-baru ini, Aqeef juga baru pulih daripada penyakit Influenza A dan masih berisiko. Kerana itulah saya seboleh-bolehnya cuba mengelakkan dia dari disentuh,” katanya.

Suaminya, pelakon, Amar Baharin terkejut dengan tindakan isterinya itu.

“Saya sendiri pun terkejut bila dia bertindak sedemikian. Sekali tengok, dah macam karakter Kung Fu Panda. Tapi, saya faham itu adalah tindakan refleks seorang ibu yang nak menjaga anaknya,” katanya.

Amyra dan Amar yang juga duta Anggun Life anjuran Media Prima baru-baru ini berkahwin pada November 2016 dan dikurniakan cahaya mata, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*