Anak Lan Solo Hidap Sakit Yang Kena Neb 2 Kali Sehari. Netizen Beri Petua Ini Kepada Lan Solo Dan Dia Minta Petua Lain Juga

ISTERI penyanyi Lan Solo Nur Sheila Hassim meluahkan rasa bimbang apabila anak ketiga mereka iaitu Muhammad Akid Qassyaff, 4, disahkan menghidap penyakit kronik asma.

Sheila, 33, berkata, kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada nebulizer sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Doktor sahkan Akid ada kronik asma sehari kena Neb dua kali minimum. Kalau boleh saya nak cari petua dan penyelesaian supaya Akid tak bergantung kepada Neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan,” ujarnya.

Sheila bimbang keadaan kesihatan Akid.

Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Muhammad Akid Qassyaff, 3, dan Nur Amna Quxandra kini berusia 10 bulan.

Dalam pada itu, tambah Sheila, terdapat pengikut Instagramnya meminta dia mencari hati unta kering sebagai petua untuk penyakit itu.

“Ada yang mesej suruh saya cari hati unta kering tumbuk dan campurkan kat setiap makanan Akid. Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon.

“Kalau ada idea dan petua minta kongsi dengan saya,” ujarnya.

Sumber Artikel : Mstar Online

Semoga dipermudahkan semuanya untuk Lan Solo dan keluarga. Insyallah jika kita usaha doa dan tawakal, Tuhan akan bantu kita.

Jika anda suka pada entri artikel ini sila kongsikan di laman Facebook anda. Jangan lupa untuk terus follow KL Viral untuk cerita cerita terkini. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*