“Bab Melayu Jatuhkan Melayu, Laju Gila Bro” Caprice Komen Tentang Isu Rosyam Nor Berkongsi Dengan Cina

Video Caprice Komen Berada Di Bawah Artikel

Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor semalam menafikan dakwaan dia dipergunakan apabila hanya memiliki 10 peratus saham dalam syarikat ST Rosyam Mart. Manakala selebihnya pula dimiliki oleh Pengarah Sri Ternak Group Sdn Bhd, Datuk Raymond Ho Cheng Hann dan adiknya Alan Ho Cheng Yek.

Perkara ini sekaligus menolak dakwaan netizen dia kononnya menipu dan mengelirukan pembeli. Di Facebook, seorang individu menjelaskan secara terperinci isu ini dari aspek perniagaan.

Rosyam nafi dipergunakan, miliki 10 peratus saham ST Rosyam Mart

Pelakon dan pengarah, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama perniagaan ST Rosyam Mart yang diusahakan sejak tahun lalu.

Kecewa dengan tuduhan tular mendakwa beliau sebagai barua Cina, pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin menjelaskan dirinya adalah pemegang saham sebanyak 10 peratus syarikat berkenaan.

“Saya amat kecewa dengan tuduhan dipergunakan seperti yang tular di media sosial. Untuk pengetahuan semua, saya pemegang saham 10 peratus syarikat ini.

“Saya tidak kisah orang kata saya bukan pemilik sebenar ST Rosyam Nor namun melabel saya seperti itu membuatkan saya sedih dan kecewa. Ada orang cakap saya hanya duta syarikat ini bukan pemilik, itu tidak benar,” kata pelakon filem KL Menjerit itu dalam satu sidang akhbar di pejabat Sri Ternak di sini sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar tersebut, Rosyam turut mendedahkan syarikat itu dimiliki Datuk Raymond Ho Cheng Hann yang memegang saham sebanyak 89 peratus dan adiknya, Alan Ho Cheng Yek (1 peratus).

Kata Rosyam lagi, beliau turut bersedih apabila ada segelintir pihak yang cuba untuk merosakkan reputasi dirinya dengan menyebarkan berita yang tidak sepatutnya.

Dalam pada itu, Rosyam turut membuat laporan polis terhadap individu yang mendakwa dia dengan pelbagai tuduhan dan menuduh bapa kepada pengarah Sri Ternak Group, Ho Ah Chai bekerja sebagai pengedar dadah.

Datuk Rosyam Nor Pemilik Bersama ST Rosyam Mart

Menurutnya, dia terpaksa membuat laporan tersebut dan mengadakan sidang akhbar kerana berasa malu dengan rakan kongsinya disebabkan dakwaan tersebut.

“Saya terpaksa ambil tindakan membuat laporan polis sebab individu tersebut merosakkan nama Rosyam. Selain itu juga, saya turut buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook bernama Mohd Fauzi yang menuduh bapa kepada Raymond, bekerja sebagai pengedar dadah.

“Sebelum ini saya tak pernah ambil tindakan biarpun ada macam-macam dakwaan sebelum ini mengatakan saya mencemuh kepimpinan Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Malaysia

KOMEN CAPRICE TENTANG ISU ST ROSYAM MART

Image result for caprice rosyam nor

Menurut Caprice “Bab melayu jatuhkan melayu, memang laju”. Beliau memberi pandangan apa yang Rosyam Nor buat tidak salah dan kenapa kita harus pertikaikan.

Sekiranya betul kita memboikot barang bukan melayu, kenapa kita tidak periksa semua produk produk di pasaran kerana ada banyak produk yang tidak dimiliki 100% orang melayu.

Mari tengok video berkenaan isu ini.

 

Artikel By: KLViral

Sumber Berita : Kosmo Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*