Bekas Majikan Amelina Gegar Vaganza Beritahu Sesuatu Tentang Amelina

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menaruh keyakinan penyanyi Amelina akan menjuarai Gegar Vaganza kelima (GV5) yang akan berlangsung pada Ahad.

Tony dalam satu rakaman video berasa sangat gembira melihat artis itu kembali beraksi dalam dunia hiburan tanah air.

“Hai Amelina, ini bekas bos kamu, Tony. Saya berhutang banyak kepada kamu… termasuk terbang ke Bandung dan saya sangat gembira kamu membuat kemunculan semula seterusnya menjadi finalis dalam pertandingan hebat ini dan saya yakin anda akan menang.

“Anda yang terbaik, saya sayang kamu. Semoga berjaya,” katanya menerusi video berdurasi 20 saat.

Selain Amelina artis lain yang akan berentap dalam GV5 ialah Zamani, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Dia Fadilla dan duo berkumpulan Billy Zulkarnain.

Amelina pernah bernaung bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia ketika Tony menjadi Pengarah Urusan syarikat itu.

Untuk rekod, Tony dan Amelina pernah bernaung bawah syarikat rakaman yang sama iaitu Warner Music Malaysia dan ketika itu Tony ialah Pengarah Urusan syarikat tersebut.

Lebih menarik Tony telah mencetuskan revolusi lagu dangdut dalam dunia hiburan tanah air pada 1990-an selepas melihat potensi pada Amelina menyanyikan lagu genre berkenaan.

“Ketika itulah beliau kerap pergi ke Bandung, Indonesia untuk mempelajari lebih mendalam irama tersebut dan seterusnya menjadikan Amelina terkenal di negara ini,” tambah jurucakap AirAsia.

Katanya disebabkan tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Bandung, perjalanan ke sana mengambil masa yang lama. Setelah Tony mengambil alih AirAsia, syarikat tersebut memperkenalkan perjalanan terus ke Bandung.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Video Penuh Kata Kata Tony Fernandes Kepada Amelina

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*