Berang Sajat Tuduh Wartawan Beri Info Tak Betul. Apa Wartawan Ini ‘Sekolahkan’ Pasti Buat Sajat Terdiam!

Sejak semalam, kecoh dekat media sosial tentang berita nama sebenar Sajat didedahkan oleh pihak mahkamah. Bukan setakat itu, satu lagi topik yang hangat netizen katakan adalah pasal dia terlupa bawa IC.

Tampil nak pertahankan diri, Sajat ada update Instagram dia dengan status berbaur fitnah tentang kerja kewartawanan. Kata Sajat,

“Errrr… Wartawan memang suka beri info tak betul. Betullah orang kata, kadang-kadang dalam berita ini jangan percaya. Banyak yang edit untuk menguntungkanpage story mereka.”

Sumber: Instagram

Dalam status tu juga, Sajat seolah-olah tuding jari dekat semua wartawan yang terlibat buat liputan pasal dia tu, putar belit cerita.

“Yelah, cerita Sajat kan hot! Denda ciput je. Tapi yang best tu nak hot kan cerita yang I cantik sangat! I tahu I cantik. So, kepada wartawan…laku story you olls! Walaupun cerita uols banyak yang putar belit.”

Sumber: Facebook

Terpanggil untuk jelaskan isu ni, seorang wartawan bidas balik dan ‘sekolahkan’ Sajat tentang etika dan kerja kewartawanan yang sudah tentu tak diketahui oleh usahawan kosmetik tu.

Menurut Buqhairah, dia merupakan salah seorang wartawan yang bertugas untuk buat liputan kes si Sajat semalam. Katanya, Sajat buat silap besar dengan memperlekehkan kerjanya sebagai seorang wartawan.

Ke hadapan saudara Muhammad Sajjad Kamaruzaman,

Saya, TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN merupakan salah seorang wartawan yang bertugas membuat liputan kes anda semalam.

Adalah malang sekali apabila anda cuba mengejutkan “harimau” yang sedang tidur.

Dalam setiap caption anda penuh dengan kata-kata fitnah terhadap profession kami.

Saya senaraikan:

1) Wartawan buat kerja tidak betul
2) Edit story
3) Putar belit

Habis apa yang betulnya?”

Bukan itu saja, Buqhairah juga dedahkan yang PA dan kawan-kawan Sajat ada hubungi dia dan rakan-rakan wartawan untuk merayu supaya mereka tidak dedahkan nama sebenarnya, Muhammad Sajjad.

“Oh! Mungkin yang betulnya kena tulis nama Nur Sajat lah ye sebagaimana PA awak merayu-rayu kepada saya dan kawan-kawan.

Berkali-kali PA awak call dan Whatsapp saya minta saya dan kawan-kawan tarik nama sebenar Muhammad Sajjad.

Tapi walaupun panjang lebar saya explain kepada PA awak mengenai skop tugas kami, nampaknya awak masih tidak berpuas hati.”

Hanya menulis berdasarkan fakta yang disahkan.


Sumber: Facebook

“Setiap pergerakan awak dalam mahkamah direkodkan CCTV setiap penjuru”


Sumber: Facebook

Walaupun ‘terlupa’ nak bawa IC dengan lesen memandu, nasib baik Pegawai Pendakwa Kastam ada salinan MyKad Sajat.

Boleh didakwa, hukum penjara dan denda

Jangan kata kami putar belit kerana setiap laporan kami BERSANDARKAN DOKUMEN sedangkan awak try hard menegakkan besang basah sehingga terbelit diri sendiri.

Suka saya ingatkan awak Muhammad Sajjat, memberi atau mereka keterangan palsu apatah lagi di dalam mahkamah boleh didakwa mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Hukuman tersebut bermaksud awak wajib dipenjarakan dan dikenakan denda.

Kenduri la wey bandana kat dalam tuh!

Helluu pulisss, tangkap ini orang!

 

Sekian.


Sumber: Facebook

Haa kan dah kena ‘sekolah’ dengan wartawan. Tu lah, Bang Jat ni main tuduh je macam-macam kan!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*