Covid-19 : Malaysia Catat Rekod Tertinggi Di Asia Tenggara

MALAYSIA menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) selepas mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati jumlah terkini itu berikutan terdapat 190 kes positif Covid-19 baharu setakat 12 tengah hari.

“ Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“ Sehingga kini, seramai sembilan kes positif Covid-19 sedang dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Adham berkata, penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan tabligh sedang giat diteruskan.

Justeru, katanya, KKM menyeru peserta perhimpunan tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

“ Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

“ Begitu juga untuk kontak rapat kes positif Covid-19, Pesakit Dalam Siasatan (PUI) yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke hospital, mereka perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian,” katanya.

Sebelum ini, seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling berjaya dikenal pasti.

Daripada jumlah itu seramai 3,069 peserta datang sendiri ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan dengan 137 individu dirujuk ke hospital.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*