Dato Aliff Syukri Buat Satu Rakaman Video Ditujukan Khas Untuk Rakyat Malaysia Singapura Dan Brunei

Dato Aliff Syukri teruk dihentam media sosial (netizen) di atas mulut dia sendiri. Beliau telah pun memohon maaf tetapi netizen seperti tidak mahu maafkan beliau.

Selepas selesai konsert Gegar Vaganza 5 baru baru ini, Dato Aliff memuatnaik satu lagi status yang mengundang kecaman hebat dari netizen kerana beliau mempertikaikan lagi keputusan juri. Artikel ini dipetik dari MSTAR ONLINE.

Aliff Syukri pelik, “Ada lagi yang teruk, ‘sumbang-mambang’ menyanyi, tetap masuk final”

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mempertikaikan mengenai peserta yang mara ke final Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Penaja utama konsert GV5 itu berpandangan, terdapat penyanyi yang sepatutnya tersingkir pada peringkat separuh akhir program itu yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam Ahad.

“Siapa patut tersingkir sebenarnya?? Juri oh juri,” katanya menerusi status yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya, pagi Isnin.

Memuat naik gambar bersama dua anggota kumpulan Forteen, One dan Izzue Islam menerusi status berkenaan, penyingkiran kumpulan itu pada malam Ahad, menimbulkan tanda tanya Aliff.

“Saya peliklah kenapalah kumpulan Forteen yang ‘best’ ni yang terkeluar sedangkan ada yang lagi teruk dan sumbang-mambang menyanyi, tapi tetap masuk final?

“Saya malas nak tulis lebih-lebih, nanti ada yang terasa,” tambahnya.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/11/12/aliff-syukri-komen-gv/~/media/c3e82298739c4e30a7ea1c9b22dfbe2d.ashx?la=en

Selain kumpulan Forteen, turut tersingkir pada peringkat separuh akhir GV5 adalah penyanyi Hetty Sarlene.

Penyingkiran itu membolehkan enam peserta lain iaitu Amelina, Zamani, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Dia Fadilla dan kumpulan duo Billy Zulkarnain berentap merebut gelaran juara pada peringkat akhir yang akan berlangsung minggu hadapan.

Peserta tersingkir pada peringkat separuh akhir itu, Hetty menyampaikan dua buah lagu, Pencuri Hati nyanyian asal Ayda Jebat dan Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah).

Manakala Forteen mempersembahkan lagu Potret (Akim & The Majistret) dan Cinta Di Akhir Garisan (Ziana Zain, Ning Baizura, Nora, Dessy Fitri).

Kesemua peserta diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Yusof Haslam.

ALIFF SYUKRI BUAT PEMOHONAN MAAF TERBUKA KEPADA SELURUH MALAYSIA, SINGAPURA DAN BRUNEI

Kenyataan dibawah dipetik dari Instagram Dato Aliff Syukri sendiri.

#biarapaorgkata sy pilih mengalah tak semestinya kalah setuju tak?? Semalam yg dah tonton GV pastinya dah nampak permohonan maaf saya wsxmjxd. dcc ec ysecara formal dan terbuka,saya post sekali lagi kot2 ada yg tak tgk lagi,jadi semua org x kira TV ke media sosial ke dapat tengok,Saya ni mmg suka minta maaf berulang2 sbb dalam setiap hari saya mmg akan buat salah cuma sedar dan tidak sahaja,selagi nama manusia selagi itu kita akan tetap berbuat silap,apa yg boleh kita buat setiap hari belajar daripada apa yg berlaku dalam kehidupan kita
.
saya rasa dah sampai masa saya rehat dan fokus dan fokus bisnes lain,saya akan suruh isteri saya utk promote selepas ni dan sambil tu akan didik anak2 saya untuk ajar bisnes sikit2…dan didik dia jadi CEO yg lebih hebat dari saya…bukan yg akan maintain apa yg saya ada tapi yg akan kembangkan dan sy nak besarkan apa yg compny saya mcm @sugeh.resort

Video Pemohonan Maaf

By: KLV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*