Dato Aliff Syukri Merayu Memohon Kepada Netizen Tetapi Pembantu Dia Pula Yang Lebih Lebih Melawan

Siapa sangka jutawan kosmetik ini bakal keluarkan lagu baru lagi. Banyak juga lagu Aliff Syukri sekarang ini. Siap ada niat nak masuk Juara Lagu.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Netizen umpama telah ada satu ‘mindset’ apa jua yang Dato Aliff Syukri buat terutama buat lagu pasti dia akan kena kecam. Baru baru ini ketika isteri beliau menunaikan umrah di Mekah, Dato Aliff Syukri pula buat kontroversi sehingga ditegur oleh salah seorang Pencetus Ummah.

Buat Tiktok Ketika Isteri Beribadat, PU Syed Menegur Aliff Syukri

Isu dan kontroversi memang tak lekang melanda pada Dato’ Aliff Syukri ini, setiap strategi pemasaran yang dia cuba lakukan pasti akan ada pihak yang kurang senang. Belum lega lagi isu ugly woman, kontroversi baru pula timbul.

Pengasas D’Herbs ini ada memuat naik video sesi penggambaran muzik video terbarunya yang berjudul Biar Apa Orang Kata.

Lepas isu Bobo Di Mana, muncul lagi kontroversi baru di mana sesi penggambaran yang ditayang di media sosial tu mendapat perhatian netizen termasukan pendakwah Pencetus Ummah Syed.

Dato’ Aliff Syukri ada muat naik beberapa video dan gambar proses penggambaran muzik video lagu terbarunya itu, video yang memaparkan Aliff Syukri sedang bermain Tik Tok bersama gadis-gadis barat yang berpakaian seksi.

Mendapat perhatian PU Syed, dia memberikan teguran pedas kepada Dato’ Aliff, menganggap Dato’ Aliff bangga mempersendakan hukum agama.

“Sekali lagi saudagar herba ini membuat sesuatu yg mendatangkan kutukan.. Fitnah itu sedang tidur wahai saudara, jgn dikejutkannya.. Selepas video klip bobo di mana harini dia muncul dgn tarian tik tok bersama wanita2 seksi.. Jika sebelum ini nitezen hentam dan dia kata dia dah berubah dan muat naik video lagu nasyid bersama isterinya..

.

Tetapi kali ini dengan bangga dia muat naik tiktoknya yg benar¬≤ saya anggap sebagai cuba mempersendakan hukum agama. Semoga Allah tunjukkan kepada saudara jalan keluar yg sebaiknya dlm kemelut mencari identiti diri sendiri..atau kami doakan agar segala nikmat yg saudara sedang kecapi ini diberikan kepada insan yg benar¬≤ tahu bersyukur dan taat kepada agama. Umat Islam di Malaysia sibuk isu ICERD, saudara sibuk UP Maksiat.. Astaghfirullah.. #taubatlahwahaimanusia SaudaramuPU Syed!‚ÄĚ

Bahkan, PU Syed ada membuat teguran terbuka kepada Dato‚Äô Aliff agar padam video yang dimuat naik itu bagi mengelakkan ‚Äėfitnah‚Äô dan menggesa agar segera bertaubat.

Jika hidup kita suka dihiasi kontroversi, bimbang-bimbang, kelak saat kita mati, kita akan menghadapi situasi yang sama

“Teguran terbuka buat @aliffsyukriterlajaklaris

Jika hidup kita suka dihiasi kontroversi, bimbang¬≤, kelak saat kita mati, kita akan menghadapi situasi yg sama.. Malulah kepada Allah.. Atas dosa secara terang¬≤an yg kita buat.. #TaubatlahKepadaAllahSaudaraku‚ÄĚ

Selain terguran terbuka daripad PU Syed ini, ada beberapa isu lain lagi yang terpalit dalam pembikinan muzik video ini, netizen kecam kerana muat naik video sebegitu sewaktu isteri ke tanah suci.

Namun begitu, Dato’ Aliff membuat kenyataan, dia menjelaskan bahawa lagu terbaru ini merupakan lagu motivasi dan tiada unsur-unsur keseksian.

Dato Aliff Syukri Merayu Tetapi Pembantu Dia Plak Over

Dato Aliff Syukri memuat naik 1 video di laman instagram rasmi beliau dan merayu agar netizen memberi sokongan kepada lagu terbaru beliau. Aliff Syukri janji bahawa kali ini musik video akan bersih dan tidak akan ada unsur unsur seksi.

Ketika beliau sedang membuat rakaman merayu ini, pembantu dia pula tiba tiba mencelah dan memarahi netizen. Anda lihat sendiri lah ..

By: KL Viral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*