Diva Azwan Ali Pun Turun Untuk Icerd. Wartawan Tanya Kenapa Turun Dan Ini Jawapan Azwan Ali

Lama tak nampak Azwan Ali di media sosial. Selepas PRU baru baru ini nama Azwan Ali terus tenggelam di media sosial tetapi hari ini dia buat kemunculan di ibukota Kuala Lumpur.

Gambar Ketika Azwan Ali Bertanding Untuk PRU 

Kemunculan Diva Azwan Ali ..

SELEBRITI Azwan Ali mencuri tumpuan di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur apabila turut menyertai perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Tampil dengan gaya tersendiri, dia yang diiringi beberapa rakan menyampaikan ucapan kepada hadirin yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

INI SEBAB UTAMA KENAPA AZWAN ALI TURUN KE PERHIMPUNAN ICERD

Katanya, sebagai artis dia juga tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang usaha yang menggugat Islam dan Melayu di negara ini.

“Ini soal agama, jangan main-main. Kita tidak boleh bertolak ansur kerana ini isu agama.

“Saya akan bersama-sama dengan semua kerana kita kena tunjukkan kekuatan kita dengan bersatu padu,” katanya

Video Rakaman Azwan Ali Di Icerd

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

100 peguam siap sedia

SERAMAI 100 peguam dan pengamal undang-undang daripada UMNO dan PAS turun padang bagi memantau perjalanan perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), hari ini.

Wakilnya, Julita Abdul Jabbar berkata, beliau bersama rakan-rakan berada di empat lokasi iaitu Masjid Jamek, pusat beli-belah Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Negara sejak awal pagi untuk bersedia bagi sebarang kemungkinan.

Katanya, mereka dibantu bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk memantau perjalanan himpunan dan memberi khidmat guaman serta bimbingan sekiranya berlaku apa-apa masalah.

“Kalau ada yang ditahan, kita akan bantu dari segi guaman. Setakat ini, semuanya lancar dan peserta tidak melanggar undang-undang. Mereka seperti sudah bersedia,” katanya ketika ditemui NSTP.

Julita berkata, dia juga kagum dengan semangat ditunjukkan peserta kerana tidak menimbulkan sebarang provokasi melampau atau pun menjejaskan ketenteraman di sekitar kawasan Masjid Jamek dan berharap ia kekal begitu hingga tamat himpunan

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

 

1 Trackback / Pingback

  1. Diva Azwan Ali Pun Turun Untuk Icerd. Wartawan Tanya Kenapa Turun Dan Ini Jawapan Azwan Ali - Gen 2

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*