Esok Kahwin Tapi Barang Hantaran Tak Sampai Lagi. Ini Tindakan Vivy Yusof Yang Memang Di Luar Jangka

Zaman sekarang, semua benda dihujung jari, cakap je apa yang tiada dalam internet, semuanya ada. Lagi-lagi bab membeli barang, semuanya akan online. Dari pakaian, barang keperluan harian, make-up hinggalah ke makanan pun boleh beli online tau! Tapi bila dah semuanya online, ada masalah lain pula yang terjadi.

Seperti yang berlaku kepada seorang pelanggan ini membeli barang dari Fashion Valet (FV), hab fesyen tempatan popular di Malaysia. Pelanggan ini mengamok di akaun rasmi Instagram FV, gara-gara barang pesanan tidak sampai. Lebih menyedihkan barang pesanan tersebut merupakan barang hantaran untuk majlis pernikahan yang bakal berlangsung pada keesokan harinya.

Susulan itu, pemilik FV sendiri, Datin Vivy Yusof telah menjawab keluhan pelanggan tersebut di laman berkenaan. Vivy memohon maaf di atas kelewatan dan memaklumkan dia sudah mengarahkan pekerjanya untuk menghantar terus barang pesanan serta hadiah kejutan kepada pelanggannya pada hari yang sama.

Bila Vivy Yusof Membuat Tindakan Di Luar Kotak ..

Kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh pihak FV harus diberi pujian dalam menangani aduan pelanggannya. Sememangnya masalah-masalah sebegini akan berlaku dalam urusan pembelian online kerana gangguan teknikal yang mungkin akan mengakibatkan kelewatan. Kadang-kadang ia berlaku di luar kawalan.

Sumber ArtikelHANGAT

Tahniah kepada Vivy Yusof dan Team Fashion Vallet di atas keperihatinan anda. Walaupun ada masalah tetapi anda semua mampu selesaikan masalah tersebut. Semoga lebih dimurahkan rezeki anda semua dan semoga dipermudahkan untuk semua pelanggan Fashion Vallet. Insyallah ..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*