Ezad Lazim Atau Nama Lama Ezad Exist Dimasukkan Ke Hospital. Ezad Akan Mudah Terkena Serangan Panik Bila Terjadi Perkara Ini

KUALA LUMPUR: Isteri penyanyi Ezad Lazim, Zeana Ramli meminta peminat mendoakan kesihatan suaminya yang sekali lagi dimasukkan ke hospital akibat sakit usus dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).

Zeana yang cemas melihat suami kesakitan, meminta bantuan teman rapat membawa Ezad ke hospital, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Lebih merisaukan, Ezad turut mengalami ‚Äėserangan panik‚Äô berikutan keadaan kesihatannya.

“Memang setiap masa saya menemani Ezad bagi menjaga pemakanannya. Namun, hendak dijadikan cerita, saya sibuk menjaga anak sulung, Puteri Rania Keisha yang dijangkiti Influenza B.

“Keadaan suami bertambah teruk apabila cirit birit dan muntah akibat salah makan.

“Dengan badannya yang lemah, ditambah pula dengan sakit usus, Ezad akhirnya bersetuju kami membawanya ke hospital.

‚ÄúSehubungan itu, saya sangat berharap peminat dapat mendoakan agar suami pulih secepat mungkin,‚ÄĚ katanya kepada BH Online.

Ralat dengan keadaan suaminya yang terlantar di katil, Zeana mahu kembali mengawal pemakanan Ezad pada masa depan.

‚ÄúSebagai penyanyi, antara faktor penting mengapa sakit usus perlu dikawal adalah kelebihan suara daripada perut. Jadi saya tidak mahu memandang remeh soal kesihatan ini,‚ÄĚ katanya.

Ezad atau pemilik nama penuh, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 37, mendirikan rumah tangga dengan Nor Azeana Ramli pada 2013. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Puteri Rania Keisha dan Putra Mohammad Darwish.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Status Yang Dimuat Naik Oleh Isteri Ezad Lazin Di Instagram

Pls pls pls….doakan baik2 utk EL.¬†Kali ni I bw jg2 p jumpa Doc. start cirit birit,lps tu start muntah,bila dia panic attact,angin,jd la Gerd balik,setahun lebih I dok jaga pemakanan dia,sb tu I risau bila I tk ikut,dia akan sesuka hati makan.

I tk ikut sb Yayang Influenza,KM dia pulak smp tkde bacaan huhu,so I kena tunggu 2 jam setengah mcm tu utk drip 3 bag,I blk umh rehat sat,sb tinggal anak2 mcm tu je,nsb baik dorang tdo,trpaksa la,kami 4 beranak je kt umh ni,klu dia tau I msk FB ni mmg kena tiaw la,sb dia ni klu sakit suka diam2,

I cuma nk org doakan dia cepat baik,sb ada lg tanggungjawab kita kena buat,dun wori,klu dia jenis semangat power ranger dia akan cepat baik,nk kembalikan semangat dia blk tu la bg masa sat utk I handle,hrp2 dia ok la…klu tk ok jg I dah pun call Dr Pakar utk Gerd…¬†Sekian…blh kan doakan dia kembali sihat…

Semoga Ezad Lazim pulih dengan segera, salam takziah dari kami KL Viral dan kami harap segalanya dipermudahkan. Semoga keluarga tabah dengan keadaan sekarang dan anggap ini ujian dari Allah SWT. Insyallah semua akan okay.

Edited: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*