Gadis Ini Terkejut Bila ʙᴜᴀʏᴀ Bersaiz Luarbiasa Ini Tiba Tiba Muncul Dan Ingin Naik Ke Tebing

ALOR GAJAH: “Tubuh saya menggeletar menyaksikan ʙᴜᴀʏᴀ sepanjang kira-kira 2.5 meter naik ke tebing sungai semasa sungai mula melimpah akibat hujan lebat.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana ʜᴀɪᴡᴀɴ ʟɪᴀʀ itu hanya naik di tebing seberang sungai dan tidak menjengah di tebing sebelah taman ini,” kata Nurul Ain Ali, 31.

Nurul Ain yang mengajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Permata, di Taman Wira Indah, Lubok Cina, di sini, berkata kira-kira jam 12 tengah hari semalam, secara tiba-tiba dia terlihat objek bergerak memanjat tebing sungai.

Selepas diteliti, ternyata objek itu adalah ʙᴜᴀʏᴀ yang dipercayai dari Sungai Rembau, sebelum segera memanggil dua rakannya dan kira-kira 15 pelajar lain untuk menyaksikan ʀᴇᴘᴛɪʟɪᴀ terbabit.

Katanya, sebelum ini dia tidak pernah menyaksikan ʙᴜᴀʏᴀ naik ke tebing di seberang sungai berkenaan dan kejadian semalam dipercayai berlaku berikutan air naik secara mendadak.

“Sebelum ini saya hanya pernah mendengar cerita orang sungai ini memang ada ʙᴜᴀʏᴀ tetapi ʜᴀɪᴡᴀɴ itu lebih gemar bermain di sebelah Kuala Linggi yang bersambung dengan sungai ini.

“Saya berdoa supaya ʙᴜᴀʏᴀ tidak naik ke tebing sungai di sebelah taman ini kerana bimbangkan keselamatan kami,” katanya ketika ditemui di PDK berkenaan, hari ini.

Mengulas lanjut, Nurul Ain berkata, ʙᴜᴀʏᴀ terbabit dilihat bersidai di tebing berkenaan kira-kira 10 minit sebelum menyelam semula ke dasar sungai.

Seorang penduduk di Taman Wira Indah, Abdul Hadi Abu Kassim, 55, berkata ʙᴜᴀʏᴀ amat jarang naik ke tebing di seberang sungai yang dipenuhi dengan pokok bakau tetapi kejadian semalam dipercayai berlaku berikutan air sungai yang meningkat di hulu sungai.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Perlindungan ʜɪᴅᴜᴘᴀɴ ʟɪᴀʀ dan Taman Negara (PERHLITAN) Melaka ketika dihubungi berkata, Sungai Rembau adalah antara habitat semula jadi ʙᴜᴀʏᴀ yang kebanyakannya lebih banyak berada di Kuala Linggi.

Sehubungan itu, dia meminta penduduk taman berkenaan dan kampung lain yang berhampiran dengan kawasan tebing supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan tebing sungai.

“Setakat ini kita belum menerima laporan mengenai masyarakat diserang atau dibaham ʙᴜᴀʏᴀ di sungai berkenaan,” katanya. BHARIAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*