Gara-gara Sebab Tak Pernah Berpisah Selama 26 Tahun, Video Pengantin Perempuan Menangis Nak Ikut Bapa Balik Dapat Perhatian Netizen…

Perkahwinan sememangnya sesuatu yang baik bagi mengikat hubungan silaturrahim antara 2 keluarga selain itu ianya juga amat dituntut oleh islam dan mengelakkan dari timbulnya kes – kes z1n4 dan sebagainya . Ianya merupakan ikatan yang sah dari segi agama dan dituntut oleh agama islam .

Akan tetapi lain pula jadinya apabila sebuah peristiwa beserta video telah menjadi viral di laman sosial apabila seorang wanita yang telahpun selesai diijabkabul dengan suaminya tiba tiba menangis dan mahu pulang bersama keluarganya. Gadis tersebut dikatakan tidak pernah berpisah dengan keluarganya namun setelah kahwin ianya menyebabkan gadis tersebut menangis ingin pulang bersama keluarganya.

Kejadian tersebut dirakamkan oleh abang gadis tersebut yang telah memuatnaik peristiwa tersebut dan meluahkan perasaan di media sosial terhadap perkara tersebut. Video lelaki tersebut telah mendapat perhatian netizen yang mengatakan gadis tersebut mempunyai personaliti yang comel kerana masih kebudak budakan meskipun telahpun berumur 24 tahun . Video tersebut juga telah menjadi bahan hiburan bagi netizen yang menganggap video tersebut melucukan.

Abang gadis tersebut turut menyakat gadis tersebut disertai dengan gelak tawa dari keluarga gadis itu . VIdeo tersebut menjadi viral di laman sosial dan mendapat lebih dari 10 ribu share dalam masa kurang dari 24jam sahaja. Walaupun gadis tersebut dianggap tidak pandai berdikari namun netizen menganngap perbuatan gadis tersebut sememangnya comel!

VIDEO :

bila kau 26 tahun tak pernah keluar rumah tanpa mak & abah. lepas kahwin, tahu lah nasib kau. kena la tinggal dengan family lelaki. nasib tak tercabut je baju pengantin tu kalau adik buat gila nak ikut kami balik😂

Posted by Hazril Azam on Friday, December 21, 2018

DRAMA’ air mata di hari persandingan melibatkan seorang pengantin lelaki berjaya menjentik hati netizen setelah rakaman video dirinya menangis tular di laman Facebook.

Muhammad Rizuan Asri, 24, yang segak berpakaian pengantin nyata tidak dapat menahan sebak dan tidak henti-henti mengesat air matanya yang jatuh berlinangan sewaktu berhadapan dengan ibu bapanya pada majlis perkahwinannya, Ahad.

Video berdurasi 7 minit 23 saat itu dimuat naik ke laman Facebook deejay yang mengendalikan majlis persandingan tersebut, Wan Joe dan ia serta merta tular.

Muhammad Rizuan ketika dihubungi mStar Online berkata dia berasa sebak dan menangis pada hari perkahwinannya kerana memikirkan tanggungjawabnya sebagai anak sulung semakin besar apabila dia mendirikan rumah tangga.

“Sebelum ini tanggungjawab saya hanya kepada ibu bapa dan adik-adik, sekarang tambah pula tanggungjawab kepada isteri.

“Saya juga rasa sebak nak lepaskan keluarga saya, lepas ni saya akan tinggal berasingan untuk melayari kehidupan baharu,” kata Muhammad Rizuan.

Dalam video itu, dia yang berada di sisi isterinya, Kamaliah Mazlan, 24, mengambil kesempatan menyuap makanan ke mulut ibu bapanya sebagai simbolik membalas jasa dan pengorbanan mereka setelah diminta berbuat demikian oleh deejay bertugas.

Ketika memeluk dan mencium ibu bapanya, dia juga dilihat seolah-olah tidak mahu melepaskan mereka. Malah Muhammad Rizuan juga dapat dilihat melutut di kaki ibunya.

Menurut Muhammad Rizuan, dia pada waktu itu sedaya upaya menahan diri daripada mengalirkan air mata, namun gagal mengawal perasaan sehingga menangis teresak-esak.

“Memang saya manja dengan ibu bapa saya, kami memang rapat. Malah mak saya selalu suapkan saya makanan.

“Tapi saya bukannya jenis suka menangis, cuma hari tu memang tak boleh tahan. Isteri saya pun terkejut tengok saya menangis,” katanya.

Suasana majlis itu bertambah pilu dengan alunan muzik menyentuh perasaan yang dimainkan menerusi pembesar suara sewaktu ‘adegan’ itu berlangsung, ditambah pula dengan kata-kata nasihat yang diberikan oleh deejay yang mengawal suasana majlis.

Video berkenaan sehingga kini sudah ditonton lebih 73,000 kali dan dikongsi lebih 2,000 pengguna Facebook.


Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak dan terharu setelah menyaksikan video itu.

“Untungnya dapat suami macam ni. Lembut hati sayang mak ayahnya,” tulis Arjumand Hisam.

“Alhamdulillah Abang DJ, sentiasa mengingatkan pengantin supaya menjaga hati orang tua walaupun telah berumahtangga,” tulis Zubaidah Buhari.

“Terbaiklah, dengan aku sekali menangis tersedu. Meresap dalam hati,” ujar seorang lagi pengguna Facebook.

Majlis persandingan di kediaman pengantin lelaki itu berlangsung di Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka.

VIDEO :

Kasih nye ibu membawa ke syurga.Kasih nye bapa membawa bahagia.Syurga itu d bawah telapak kaki ibu.#MorningGuys#semogaBermanfaatPadaKitaSemua

Posted by Wan Joe on Sunday, April 8, 2018

Muhammad Rizuan dan Kamaliah berkenalan sejak 10 tahun lalu sebelum diijabkabulkan pada Jumaat lalu, disusuli majlis bertandang penuh emosi di rumah pengantin lelaki pada Ahad.

Sumber : Alerttvmalaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*