Giliran Abby Abadi Buat 10 Years Challenge Tetapi Apa Dia Cakap Sepanjang Tempoh Itu Memang Lain Dari Yang Lain

SEMENJAK awal minggu ini laman sosial Facebook dan Instagram dipenuhi dengan gambar perbandingan menerusi cabaran terbaharu iaitu 10 Years Challenge.

Ramai di antara selebriti terkenal tanah air juga tidak ketinggalan mencuba cabaran sama termasuk pelakon dan penyanyi Abby Abadi.

Perkongsian Abby itu mendapat perhatian bukan kerana gambar perbandingan yang dikongsi tetapi kapsyen tentang perjalanannya mencari keredaan Allah sepanjang tempoh itu menyentuh hati.

#10yearschallenge… Abby Abadi kongsi kisah bagaimana dia ambil mudah dosa pahala

Gambar 1st masa awal2 jadi ibu tunggul, hihi.. Antara 2009/2010 kot.. tak insap juga lagi masa ni. Tapi gmbr tu bertudung sbb pergi ke program agama utk stesen tv (bila ada program/majlis agama je baru pakai, kalau tak ke lautttt

Gambar kedua semalam lah (15/1/2019) hehe.. Masih hokeykan? cuma lelemak je berlebihan. InshaALLAH akan diperbaiki hihi

Kata Abby lagi, dia kini bukan lagi orang yang sama dan sepanjang 10 tahun itu pelbagai dugaan menimpa termasuk emosi tidak menentuĀ namun Allah sentiasa ada di sisinya dan sering memberinya peringatan untuk kembali kepadanya.

Ramai yg bangga bila nampak sama macam dulu. Ehh takde beza, ehhh awet muda.. rambut cantik mergerbang indah katanya.. walhal dlm tak sedar, masih leka dan terus terleka dgn dunia

Bersyukur sangat2 Sy ni sbnrnya.. ALLAH tak matikan Sy dalam keadaan Sy lupa yg Sy ni hamba DIA. Dan Alhamdullillah, ALLAH izinkan.. 10 tahun dulu dgn skrg, Sy bukan lagi org yg sama. Dgn mcm2 ujian yg menimpa, dgn emosi yg tak menentu, dgn anak3 yg masih kecil masa tu, ALLAH selalu ada & selalu beri peringatan utk Sy kembali pada DIA walhal masa tu Sy sesat barat

Kata Abby lagi, sebelum ini soal dosa dan pahala sering diambil mudah termasuk tentang penjagaan solat, aurat selain melengah-lengahkan taubat.

Kesedaran mula timbul dalam dirinya pada 2012 apabila Allah menghadiahkan sesuatu kepadanya namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai hadiah tersebut.

Awal2 bercerai tak sedar lagi. Dah kena sekali lagi, baru mcm terasa bila nak abis bodoh aku ni. Buat baikpun org dajeii kan juga huhu.. Dan akhirnya 2012, ALLAH hadiahkan sesuatu pada Sy. Dan inilah Sy hari ni. Nampak mcm dah sedar diri sikit kan?

Hihi… dulu dosa pahala, semua ambil mudah. Solat kelaut dalam, Aurat ke laut china selatan. Bila nak taubat? Tua nanti taubatlah kata Sy. Yakinnya Abby Abadi waktu tu. Comfirm ke sempat tua tu? Huhu… Itulah antara sebab utama kenapa bila ALLAH bagi hidayah petunjuk pada Sy, Sy usaha jaga sebaiknya & Sy usaha juga utk keluarga & Sahabat handai Sy

Takut Dengan Azab Allah SWT

Takutlah dengan azab ALLAH Sahabat. ALLAH suruh solat, solat. ALLAH suruh jaga aurat. Jaga. Jangan bagi alasan yg tah apa2. Takut nnti takde rezeki? Rezeki tu pun DIA yg punya. Jadi yakin dan percayalah yg sesungguhnya rezeki halal dan berkat itu lebih baik utk kita & keluarga kita

Rujukan Artikel :Ā MSTAR ONLINE

Sumber Asal : InstagramĀ Abby Abadi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*