‘Siapa Pula Guna Nama dan Gambar Saya Buat Akaun dan Cuba Nak Scamm 0rang Ni?’ Ada Pihak Tldak Bertanggungjawab TeIah Buat Akaun Datuk Siti Nurhaliza

Kuala Lumpur: “Siapa pula yang guna nama dan gambar saya buat akaun dan cuba nak scamm orang ni?”

Luah penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama dan gambarnya bagi tujuan menlpu orang ramai.

Siti, 42, berkata, perbuatan itu antara mendatangkan fltnah terhadap diri serta reputasi yang dibawa.

“Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, menlpu dan memperdayaa orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita laporr akaun ini beramai-ramai.

“Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama dan gambar saya pula. Ini bukan sahaja mendatangkan fltnah tetapi reputasi saya juga.

“Akaun ini cuba ‘scamm’ orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut. Pada zaman ini kita semua kena buka minda supaya tidak terpedaya dengan scammmer seperti ini,” katanya.

Siti dengan tegas meminta pihak berkeaan untuk memadam akaun itu sebelum sebarang tindakan tegas diambil.

“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas. Kalian jangan terpedaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaituĀ @ctdk, tidak ada akaun lain,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran lain di Instagram, Siti berkongsi masih terdapat pihak yang ‘menyamar’ dengan menggunakan gambarnya dalam urusan perniagaan.

“Apabila saya muat naik mengenai akaun ‘scammmer’, rupanya banyak lagi yang gunakan gambar saya dan jadikan akaun untuk bisnes lain pula.

“Saya memang tidak ada masalah nak sokong perniagaan sesiapa saja dan saya tahu dalam keadaan sekarang semua orang terjejas tetapi jika salah guna, menipu dan juga gunakan pula gambar saya, ini perbuatan yang tidak betul.

“Janganlah berniaga dengan memperdaya orang. Carilah keberkatan di dalam apa jua yang kita buat. Tolong jangan terpedaya dan sila lapor akaun yang guna nama saya,” katanya.

Siti menjelaskan dia hanya mempunyai akaun rasmi seperti @ctdk (IG), Siti Nurhaliza (Facebook page), @CTNurhaliza11 (Twitter), @officialsimplysiti dan @beausitiofficial (akaun perniagaan).

SUMBER/KREDIT: hmetro

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*