
Hubungan percintaan antara pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee bukan lagi rahsia. Bersama-sama membintangi Adam Chempaka, mereka juga sering berkongsi gambar bersama untuk tatapan peminat.
Baru-baru ini, Sweet Qismina telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 22 tahun. Majlis disambut meriah dengan kehadiran insan-insan yang tersayang.


Bukan itu sahaja, sempena hari ulangtahun kelahirannya, Sweet turut menerima kejutan daripada teman lelakinya, Adam Lee. Adam telah merakam memori tersebut dan memuat naik di laman IGnya .
Dalam video tersebut, Sweet telah menerima dua hadiah yang berlainan dan dipercayai satu hadiah merupakan hadiah hari lahirnya manakala satu lagi hadiah sempena setahun hubungan ‘Istimewa’ mereka.
Happy Birthday Farhanna Qismina Sikecik Manis
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian peminat lantas meninggalkan komen terhadap pasangan tersebut. Rata-rata peminat turut tidak sabar untuk melihat mereka berdua disatukan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : lepat pisang
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Leave a Reply