Suami Tetap Nak Heliza Helmi Walau Dah Perkenalkan Ramai Calon Wanita “Heliza Tu Dream Girl Saya…”

Umum mengetahui penyanyi Heliza Helmi telah sah bergelar isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dalam sebuah majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022.

“Dapat Jugak ‘Dream Girl’ Dia Sejak 2019”-Nurul Zahid

Namun siapa sangka, Heliza sebenarnya merupakan gadis idaman yang diimpikan oleh jutawan perniagaan itu sejak tahun 2019.

Menerusi posting di Instagram, anak kepada presiden UMNO, iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan tangkap layar perbualannya bersama Mahadi suatu ketika dahulu.

“Semua sudah tertulis. Dapat jugak dia ‘dream girl’ dia sejak 2019 dia ‘teropong’ dari jauh”- dedah Nurul

Heliza Tetap Menjadi Pilihan Walau Diperkenalkan Dengan Ramai Calon

Tambah Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Nurul, dia sudah memperkenalkan ramai calon isteri kepada Mahadi namun, sudah ditakdirkan bahawa Heliza adalah jodoh terbaik buatnya.

“Kenalkan dengan ramai jugak tapi dia nak njugak DREAM GIRL dia sampai dapat. Owhh wel. Alhamdulillah dapat dah!”- kata Nurul lagi

Kami mengucapkan selamat pengantin baru buat Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Semoga kekal hingga ke Jannah.

Berita gembira ini dikongsikan pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di Instagram.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian disatukan dengan izin Allah.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian.

Sementara itu, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh jurufoto Aqo Imran, Heliza akui rasa berdebar sebelum majlis akad nikah berlangsung.

“Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Heliza yang juga aktivis kemanusiaan serta pasangannya.

“Alhamdulillah… tahniah Datin @nurhelizahelmi dan Datuk @mahadibz

“MasyaAllah macam tak percaya pula! Barakallah Heliza dan Datuk Seri Mahadi.

“Secocok dan seperjuangan… tahniah Datin Seri Heliza dan Datuk Seri Mahadi,” kata beberapa netizen.

Hasil semakan, Mahadi adalah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Sumber/Kredit: murai.my

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*