Ibu Kepada Aliff Aziz, Akhirnya Mengulas Tentang Kntrversi Rumah Tangganya

PENYANYI dan pelakon, Aliff Aziz memohon diberi ruang mengenai berita kecurangannya dengan seorang pelakon wanita, Oktovia Manrose seperti yang dikongsi isterinya, Bella Astillah di Instagram.

“Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Sementara itu, Oktovia mengakui dia keluar bersama Aliff sebagai rakan.

“Kami bukan cuma berdua. Ada teman untuk mengelakkan fitnah. Saya tak suka orang buat tambah-tambah cerita macam ni. Jaga sikit muka.

“Aliff dengan saya keluar sebagai kawan dan tidak ada apa yang serius antara kami.

“Kepada Bella Astillah, saya tak suka awak kecoh dan tunjukkan yang saya mabuk teruk tanpa bukti. Tolong jaga air muka ayah saya,” tulisnya.

Oktovia yang juga sepupu kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose menafikan dakwaan dia dalam keadaan mabuk seperti yang dikongsikan Bella di Instagramnya.

“Apa bukti yang mengatakan saya mabuk? Mulut manusia memang busuk dan tak pernah nak kalah. Satu cawan air langsung tak pegang.

“Padahal, orang yang sibuk jaga tepi kain orang inilah yang dah mabuk, tapi sibuk mengata pasal orang,” tulisnya.

Aliff dan Oktovia bergandingan dalam sebuah drama yang kini sudah selesai penggambarannya.

Dakwaan Aliff dikatakan curang bukanlah kali pertama. Sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan pelakon, Afifah Nasir yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama.

Perkara itu diketahui isterinya, Bella selepas mereka ‘kantoi’ menerusi kamera litar tertutup dari sebuah pusat karaoke pada 2017.

Namun, berita itu reda selepas Aliff dan Afifah membuat sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar.

Ibu serah kepada Allah kontroversi Aliff

IBU kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu S Hafiza Barsharahil menyerahkan kepada Allah SWT berhubung kontroversi rumah tangga membabitkan anak sulungnya itu dengan isteri, Bella Astillah.

“Kami hanya mendoakan yang terbaik. Selebihnya kita serahkan pada Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya adakah dia sudah bercakap secara peribadi dengan anaknya atau Bella, S Hafiza enggan mengulas lanjut.

“Buat masa sekarang kami tiada apa-apa kenyataan. Apa pun terima kasih atas keprihatinan,” katanya.

Pagi hari ini, nama penyanyi Sayang Sayang itu kembali hangat diperkatakan apabila Bella mendedahkan kecurangan suaminya dengan seorang pelakon wanita dikenali sebagai Oktovia Manrose di Instagram.

Menerusi status itu, Bella turut berkongsi paparan skrin perbualan membabitkan dirinya dengan seorang wanita yang menjadi saksi Aiff bersama wanita itu di sebuah kelab malam.

Menurut Bella, dia juga ada menyimpan bukti berbentuk video membabitkan suaminya dengan pelakon itu yang dihantar kepadanya.

Ini bukan kali pertama Aliff menimbulkan masalah sama apabila kali pertama pada 2017 lalu juga dengan seorang pelakon, Afifah Nasir.

Sumber Artikel : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*