Ini Sebab Kenapa Hairul Azreen Jual Motor Superbike Dengan Skyline GTR Dia..

Pelakon Hairul Azreen dan minatnya dalam dunia permotoran tidak dapat disangkal lagi, umum mengetahui beliau mempunyai koleksi kereta mewah dan ‘superbike’ yang hebat.

BAKAL menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon, Hairul Azreen membuat keputusan dengan menjual dua kenderaan mewah miliknya.

Pelakon filem PASKAL itu memuat naik beberapa keping foto sebagai tanda kenangan berserta kapsyen di Instagram memberitahu, keputusan berkenaan dibuat kerana atas faktor bernazar.

Namun, kerana niat sudah bernazar selepas isterinya, Hanis Zalikha hamil anak kedua, Hairul membuat keputusan untuk menjual kereta mewah Nissan GTR dan ‘superbike’ BMW kesayangannya demi keluarga tercinta.

“Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike dan super car, demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru (last tu hanya tambahan),” ujarnya yang mengutamakan keluarga tercinta.

Dua kenderaan mewah tersebut adalah kereta Nissan GTR jenis R35 dan motosikal superbike BMW jenis Blue Shark S 1000 RR.

Menerusi akaun Instagramnya, Hairul meluahkan rasa syukur kerana sudah dapat menunaikan nazar itu.

Rata-rata netizen memuji sikap Hairul yang mementingkan keluarganya dan boleh dijadikan contoh suami yang baik. Mereka turut mendoakan agar Hairul dan keluarga dimurahkan rezeki serta selalu bahagia.

Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen, rata-rata memuji tindakan mulia bapa Yusuf Iskandar ini kerana sanggup menjual demi keselesaan dan kesenangan keluarga.

Tidak kurang juga yang memberikan cadangan hasil jualan dua harta kesayangannya itu digantikan dengan motorsikal jenama Yamaha, Y15.

Pelakon dan juga suami kepada pengacara, Hanis Zalikha kini sedang hamil trimester pertama dan hasil perkahwinan yang dibina sejak Jun 2015, pasangan itu dikurniakan seorang zuriat, Yusuf.

Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Yusuf Iskandar. Kini Hanis sedang sarat hamil tiga bulan.

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*