Intan Liyana Berlibur Di Kala Anak Sakit Dan Disindir Netizen Tetapi Rupa Rupanya Ini Sebenar Terjadi

BEKAS isteri kepada pemuzik Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid iaitu Intan Liana Saleh sedih apabila dituduh tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan anak yang sedang sakit bawah jagaan bapa mereka.

Intan, 33, berkata, sebagai ibu dia turut berasa susah hati apabila tidak berada di sisi anaknya ketika sedang sakit.

“Anak sakit bukan kita minta, dia sakit masa giliran baba mereka jaga nak buat macam mana. Saya dah pesan tolong bawa dia ke klinik.

“Pastu ada pula yang cakap bonda tak pandai jaga anak dan janganlah cakap anak tak sihat bonda pergi berjimba.

“Kalau tak pandai jaga anak-anak bonda tak terjagalah makan pakai dia,” ujar melalui hantaran di Instagram.

Intan meluahkan rasa sedihnya di Instagram pada Jumaat.

Intan menjelaskan perkara itu selepas menerima kecaman apabila aktiviti percutiannya yang dimuat naik di Instastory dipertikaikan netizen.

Bagaimanapun, Intan berkata, dia tidak terlalu bimbang berikutan anaknya berada bawah jagaan bapa mereka dan bukannya pengasuh.

“Hati ibu mana yang senang anak sakit. Tak tenang tau walaupun tengah jalan-jalan ni.  Tapi bonda fikir satu ke selagi di bawah jagaan baba dia bonda tak risau sangat bukan pada pengasuh,” ujarnya.

Awal tahun ini, nama Intan menjadi perhatian apabila perkahwinan kedua Ude dengan aktres Izreen Azminda terbongkar.

Bagaimanapun Ude menceraikannya dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1 manakala Ude dan Izreen berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*