Jangan Sesekali Pass Mikrofon Dekat Siti Nurhaliza Sebab Pasti Anda Akan Menyesal

Nama Siti Nurhaliza, antara nama yang tersohor dalam musik tanah air. Nama beliau bukan sahaja gah dalam Malaysia tetapi di luar negara.

Video Siti Nurhaliza Berada Di Bawah Artikel

Sesiapa yang mengikuti perkembangan Dato Siti Nurhaliza pasti anda tahu bahawa beliau sememangnya jarang terpalit dengan kontroversi. Dengan sifat beliau yang selalu merendah diri walaupun ada yang mengatakan beliau sudah pun menjadi jutawan.

Dato Siti Nurhaliza sememangnya berbakat dan baru baru ini Siti Nurhaliza muncul di dalam program Go Shop terbitan Astro.

Program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama oleh penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di saluran membeli-belah Astro, Go Shop sepanjang dua jam masa bersiaran.

Patutlah Siti Nurhaliza senyum meleret selepas ‘gegarkan’ Go Shop

Patutlah Siti Nurhaliza senyum meleret selepas 'gegarkan' Go Shop

Malah, pelancaran koleksi peralatan memasak ‘Vantage’ secara eksklusif kepada pelanggan Astro itu boleh membuatkan Datuk Seri Siti senyum meleret apabila dilaporkan turut mencatatkan jualan melebihi tujuh kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan.

Semasa program berlangsung, Siti Nurhaliza turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’.

Di samping itu, Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak yang luar biasa dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’ itu. – Astro Awani

Apa Akan Berlaku Bila Secara Tiba Tiba Siti Nurhaliza Dihulur Microphone?

Tidak semua boleh buat apa yang Dato Siti Nurhaliza buat. Selalunya kita dengar lawak spontan tetapi menyanyi spontan? Bukan senang.. terutama jika kita tidak hafal lirik lagu tersebut.

Bukan sekali atau dua kali tetapi lebih, Siti Nurhaliza diberi mikrofon oleh penyanyi lain ketika dia menjadi penonton atau dia hanya menghadiri sesebuah majlis yang dia sendiri tidak jangkakan akan menyanyi.

Antara Lagu Lagu Spontan Beliau ..

1. Bunga Bunga Cinta – Misha Omar

2. Ku Gembira Disampingmu – Dato’ Khatijah Ibrahim

3. Pulangkan – Misha Omar

4. Jampi – Hael Husaini

5. Standing In the Eyes of the World – Ella

6. Jika Kau Tak Datang – Kris Dayanti

Lihat Video Di Bawah

Antara komen netizen ..

DaRiMan 07 “Dia punya usaha nak nyanyi bila member hulur mic tu, sampai sanggup minta member bisik lirik kt telinga, xpun search lirik kt internet…payah nak nampak penyanyi yg perangai helok mcm ni.”

Azlan Shah ” Ni la namanya legend…bkn syok sdiri nyanyi lagu sdiri je…lagu org lain pon dia layan n ttp sporting bile diajak nyanyi bsama…legend ttp legend”

emi halim ” patutla DCT ni populariti dia bertahan always org suka..sb dia x sombong,x seksi,x lupe diri n tahu batas..sy ckp bukanla menyanjung dia itu tidak sama sekali tp ape slhnya kita amik perngai baik dia tu utk terapkan dlm diri masing2.. amik yg baik ..n nasihat pada artis lain jgk bila dah popular xyah la lupe diri x kemana pun, xyah sombong n nk langsi x tentu pasal..be humble n focus ur carier..”

Artikel By: KL Viral

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*