Jasmin Hamid Bagi Teguran Pedas Kepada Pelakon Baru Dan Ini Pantang Larang Ketika Berada Di Set Penggambaran.

Pelakon Jasmin Hamid menegur pelakon-pelakon baharu agar serius dan tidak bermain handphone apabila berada dilokasi penggambaran.

Jasmin,46, berkata, dia tidak selesa bekerja dengan pelakon yang membawa telefon ke set penggambaran kerana alat itu akan menjejaskan kualiti dan fokus kerja mereka.

“Sila guna handphone diluar set. Tolong jangan gunakan handphone di dalam set penggambaran.

“Saya paling tidak selesa bekerja dengan pelakon yang bawa handphone. Sebabkan handphone, tak fokus kerja.

‘Zaman dulu, siapa yang bawa handphone dalam set penggambaran telefon mereka akan dirampas dan dimasukkan dalam plastik. Dah habis kerja baru dapat balik handphone.

“Segelintir pelakon sekarang kurang berdisiplin. Pengarah sedang bagi arahan pun boleh main handphone lagi. Ini semua sebab taksub dengan media sosial sampai kerja dan disiplin ke laut,” kata Jasmin di Instagram.

Tambah Jasmin, pelakon sekarang lebih berminat mengumpul pengikut di laman sosial berbanding menambah ilmu.

“Segelintir pelakon zaman sekarang sibuk sangat nak kumpul pengikut. Sudah tak bernafsu nak kumpul ilmu.

“Sebab itu ramai pelakon segera yang tak bertahan lama. Pelakon terbaik cari ilmu…Pelakon popular cari pengikut. Hidup anda, pilihan anda,” kata Jasmin lagi.

Memang betul apa yang Yasmin katakan itu. Untuk berjaya dalam apa-apa bidang memang memerlukan disiplin dan ilmu.

Semoga teguran pelakon berbakat besar itu membuka mata pelakon-pelakon baharu agar lebih berdisiplin untuk berjaya dalam industri seperti dirinya

Sumber Artikel : URTV

Komen Penuh Jasmin Hamid Di Instagram

Guna HP masa off set je.. Dalam set shooting NO HP PLEASE.. Kena Focus! Saya paling TAK SELESA bekerja dengan pelakon yang bawa HP dalam set ..sebabkan HP, tak focus kerja.Zaman dolu, siapa bawa HP dalam set, HP akan di rampas dan masuk dalam plastic, dah habis kerja, baru dapat balik HP..Segelintir pelakon zaman sekarang ni KURANG DISIPLIN.. Director tengah bagi instruction pun, boleh main HP..

Ini semua sebab terlalu taksub sangat dengan sosial media sampai kerja dan disiplin ke lautttttt…. SEGELINTIR pelakon zaman sekarang ni sibuk sangat nak KUMPUL FOLLOWERS, dah tak bernafsu nak KUMPUL ILMU.. Sebab tu sekarang banyak INSTANT… tak bertahan lama.. PELAKON TERBAIK cari ilmu… PELAKON POPULAR cari followers.. Your life, your choice… Hebat Bukan?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*