“Kalau Awak Rasa Bahagia Dgn Kehidupan Mcm Tu Dan Dah Jumpa Pasangan Terbaik Yang Awak Serasi Boleh Pergi Club Sama2, Teruskan.” – Bella Dedah Aliff Aziz Kantoi Curang Lagi

Isteri kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah memuatnaik entri terbaru di laman instagram miliknya  berhubung suaminya iaitu Aliff Aziz sekali lagi kantoi curang.

Entri tersebut mendedahkan kecurangan suaminya dan seorang pelakon wanita yang sama2 menjalani shoot telemovie baru2 ini di kelab malam.

 

Assalammualaikum, AND IT HAPPENED AGAIN. .

.Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya. But what I’ve been through korang takkan boleh imagine. Selepas Aliff habis shoot telemovie baru2 ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dgn dia dlm tele tu. 2 hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai dia dah delete whatsapp dia dengan heroin tu. Saya cakap dgn dia I’m not a kid kalau tak ada apapa kenapa perlu delete? So saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya “Ya Allah bella takde apapa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia Via nak cakap dgn dia ‘BACK TO ALLAH’ “ rupanya org yang nasihat dan comfort saya ni org yang sama2 pergi club dgn Aliff, menari2 peluk dan mabuk sama2. Saya bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Saya terkejut. Terima kasih kepada Insan yg dm saya kalau tak, saya ni takkan tahu apapa hanya dgn Ayden je kat rumah. Ingat, hiburan dunia ni hanya sementara. Kepada Aliff; kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama2 yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan.

 

 

Rata-rata pengikut Bella turut tidak berpuas hati  dan kecam dengan sikap Aliff yang tidak pernah berubah dari kes kantoi pertama suatu ketika dahulu.

Alif dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Ayden Adrean 8 Julai 2017.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*