‘Saya Akan Kembali Semula Jadi Busker. Kalau Rezeki Saya di Tepi Jalan Pun, Tepi Jalanlah’

Siapa sangka penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kau Ratnaku ini pernah bergelar pensyarah sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia selepas rezeki dalam bidang nyanyian semakin berkurang.

Sebaik kontraknya sebagai pensyarah berakhir dan tidak lagi disambung, Roy mula mencari rezeki dengan menyanyi secara ‘busking’ di Pusat Beli-belah AEON, Setiawangsa. Dalam masa sama, beliau menambah pendapatan keluarga dengan menjadi tutor dan mewujudkan kelas vokal.

Sejak itu nama Roy yang sinonim dengan lagu patriotik ini boleh dikatakan sudah tenggelam dalam arus hiburan seni tanahair. Sehinggalah beliau mendapat peluang menyertai Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Pemilik nama penuh Mohammed Rauzan Alwi ini bagaimanapun tersingkir pada minggu kelapan dan mendedahkan dia sangat komited untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Bagaimanapun, Roy berkata, dia sedar dirinya tidak mempunyai pakej lengkap yang boleh dijual dalam industri masa kini.

” Saya sangat komited untuk aktif tetapi tiada peluang. Keadaan sekarang sudah lain, mereka mahukan pakej. Mereka mahukan paras rupa, vokal hanya nombor dua.

” Bukan nak merendah diri tak tentu fasal tetapi itulah realitinya.

” Orang macam saya yang tak handsome, perut buncit begini, tiada hit songs. Saya apa yang ada? Lagu patriotik? Nak jual dengan apa?” ujarnya kepada mStar.

Roy diumumkan tersingkir daripada pentas GV6 pada minggu kelapan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ratnaku itu ditemui pada sidang media selepas persembahan di konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada Ahad.

Ketika disoal mengenai perancangannya selepas tersingkir dari program realiti nyanyian itu, Roy berkata, dia akan kembali membuat persembahanjalanan (busking).

” Selepas ini saya akan kembali semula jadi busker. Kalau rezeki saya di tepi jalan pun, tepi jalanlah.

” Kalau orang minta saya nyanyi 50 lagu satu hari pun saya okey saja.

” Saya tak kisah kerana memang niat keluar GV untuk sambung buat busking,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Roy berkata dia sudah menjangkakan hanya mampu bertahan sehingga minggu kelapan.

Menurutnya, lagu Seniman Menangis tidak mencabar selain mengakui tidak berjaya membawa kelainan dalam persembahannya pada malam itu.

” Saya sudah menjangkakannya sebab lagu saya bukan lagu konsert tapi lagu lounge.

” Malah lagu ini tiada cabaran. Sepatutnya saya perlu tampilkan kelainan dengan menyanyi lebih bagus dan lari dari bayang Jamal Abdillah.

” Lagipun keadaan kesihatan saya juga tidak begitu baik pada minggu ini kerana mengalami sakit tekak. Suara hampir terkoyak kerana bengkak di dalam. Jadi saya banyak berjaga-jaga takut suara pecah kalau buat lebih-lebih,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*