“Mungkin Dia Ada Narcissistic Disorder” – Kali Ini, Cik B Pula ‘Bahasakan’ Azwan Ali

Usahawan cilik Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau Cik B telah membuat ciapan di laman sosial Twitter dipercayai ditujukan kepada selebriti k0ntr0vers1, Azwan Ali.

Sungguhpun tidak menyatakan nama, ciapan tersebut dikaitkan dengan Azwan kerana sebelum itu Cik B telah memuat naik video Tik Tok menggunakan latar suara selebriti dikenali sebagai Diva AA ketika mengeluarkan kata-kata kes4t kepada ibunya, usahawan kosmetik Datuk Seri Diva (DSV).

https://twitter.com/HavocCikb/status/1223939429430988803

Sungguhpun video tersebut mencuit hati warga Twitter, namun rata-rata mereka memuji sikap positif dimiliki Cik B.

Ini kerana walaupun baru berusia 15 tahun, Cik B dilihat matang membalas h1n4an Diva AA kepada ibunya.

“ Mungkin dia mempunyai ‘narcissistic disorder’,” kata Cik B di Twitter yang mendapat 140 retweet dengan 561 likes.

Cik B kemudiannya memuat naik potongan artikel mengenai simptom penyakit ‘n4rc1ssistic d1sorder’.

“Okay sekarang saya tahu mungkin dia mempunyai ‘n4rc1ssistic d1sorder’…

“ Okay, doakan dia, bukan benci tetapi dia perlukan pertolongan (Okay now I know maybe dia mempunyai n4rc1ssistic d1sorder okay “pray for him” ain’t no hate but he needs help seriously),” ciapnya.

Ciapan kedua itu juga turut mendapat ratusan ulang kicau dan tanda suka warga Twitter.

N4rc1ssistic Personality D1sorder (NPD) atau “Gangguan Personaliti N4rc1ssistic” adalah suatu keadaan di mana orang yang mempunyai perasaan yang berlebihan dengan kepentingan diri, keasyikan melampau dengan diri mereka sendiri dan kekurangan perasaan empati untuk orang lain.

Ia juga merupakan salah satu penyakit gangguan mental dan perlu rujukan pakar.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*