Fasha Sandha Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Arwh Abam, Mulia Sungguh Hati Arwh

Hari ini semua berduka cita dengan kehilangan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar atau dikenali sebagai Abam Bocey. Keh1langan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan sahabat terdekat, malah rakan-rakan artis yang lain turut bersed1h dengan pemerg1an ini.

Terbaru, Fasha Sandha kongsi perbualan terakhir di Whatsapp bersama arwh. Pelakon itu luah rasa sayu dan sedih apabila mengenangkan kebaikan dilakukan arwh yang sanggup memenuhi permintaannya untuk makan mee rebus.

PELAKON popular Fasha Sandha yang kini hamil berkongsi video Allahyarham Abam Bocey memasak mi rebus istimewa air tangannya untuk Fasha pada 26 Januari lalu.

Video pendek dimuat naik Fasha di Instagram itu memperlihatkan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan sibuk di dapur memasak kuah mi rebus.

“ Terima kasih Abam masakkan kami mi rebus. Teringin punya pasal,” tulisnya.

Selain itu, Fasha turut memuat naik beberapa gambar termasuk paparan skrin mesej WhatsApp di antara dia dengan Abam mengenai permintaannya supaya Abam memasakkan mi rebus untuknya.

“ Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam, insan mulia sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Januari sebab kak teringin nak makan mi.

“ Lepas dua minggu dah pi (pergi) tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah (anak Abam) selalu… Allahhuakbar, ” tulisnya.

Fasha turut meminta dan memohon semua pengikutnya di Instagram untuk menyedekahkan bacaan surah Al Fatihah kepada Allahyarham.

“ Jom semua followers (pengikut) kesayanganku. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat insan baik bernama Syed Umar Mokhtar atau Abam Bocey. Semoga arwh ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin,” katanya.

Abam dilaporkan men1nggaI dun1a di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 8.30 pagi hari ini.

Berita mengejutkan itu dimaklumkan adiknya, Ali Puteh selepas dihubungi isteri Abam memberitahu suaminya tidak sedarkan diri.

Abam dikatakan mengalami dem4m sejak dua hari lalu dan mengadu s4kit kepala.

Abam men1nggalkan isteri, Nor Hidayah yang dikahwini pada 2017 dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

 Abam insan mulia

Allahuakbar.. Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee, lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar

Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwh ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

Perbualan terakhir bersama Abam

Di dalam perbualan yang dikongsikan, Fasha Sandha bertanyakan pada Abam dimana ingin dapatkan mee rebus yang dijual Abam kerana dia mengidam. Dengan baik hatinya, Abam menawarkan diri untuk masak khas untuk pelakon tersebut.

Masak mee rebus

Perkongsian Fasha sekali lagi undang sebak netizen yang rata-ratanya memuji kebaikan Abam berhati mulia. Sama sama kita doakan semoga arwh ditempatkan di kalangan orang beriman.

Netizen sebak

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*