Kerana Anak Edry KRU Sanggup Berhijrah Ke Eropah. Ini Komen Cikgu Anak Edry Tentang Betapa Istimewanya Dia

Penyanyi dan komposer, Edry Abdul Halim bersyukur kerana akhirnya anak ketiganya, Emery, 11, yang merupakan anak autisme sudah bersekolah di Manchester , United Kingdom.

Edry memberitahu Emery mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah tersebut yang dikhaskan untuk anak-anak istimewa seperti anaknya.

“Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..

“Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran..Wishing the best for my dear son,” tulisnya.

Anggota kumpulan KRU itu berkongsi perkara tersebut di akaun instagram (IG) miliknya.

Terdahulu Edry pernah memberitahu dia membuat keputusan untuk berhijrah bersama keluarganya ke Manchester bagi membolehkan Emery mendapatkan pembelajaran yang terbaik sebagai golongan autisme.

Hampir 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohamed dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Emil, 18, Edylia, 15, Emery, 11, dan Elya, 8, Edry mengakui dia tidak pernah meluangkan masa yang banyak dengan keluarga.

Oleh sebab itu, apabila berita pembubaran KRU diumumkan, lelaki berusia 42 tahun itu memberitahu selepas ini fokusnya hanya untuk keluarga, bukan lagi kepada muzik.

Hal ini kerana anak ketiga Edry, Emery merupakan kanak-kanak istimewa autisme yang tidak mampu bercakap sama seperti orang lain. Dia memerlukan sekolah serta pengajian yang berbeza di luar negara.

Bakal berhijrah ke benua Eropah demi memastikan kebajikan anaknya itu terjamin, Edry memberitahu, dia tidak mahu lagi culas dalam memberikan perhatian kepada Emery setelah tanggungjawabnya sebagai anak seni secara rasminya tamat bersama KRU.

Dalam perkembangan lain, Edry memberitahu dia tetap akan meneruskan kariernya seperti biasa malah sudah pun melancarkan syarikat rakaman iaitu KRU Entertainment UK Limited yang berpangkalan di Manchaster.

Kata Edry, penubuhan syarikat itu diharap dapat mencari bakat baharu dari Eropah selain memperkenalkan artis dari negara Asia ke sana.

“Saya juga akan berulang-alik ke Malaysia… Seboleh-bolehnya sekali dalam dua bulan.

“Sekiranya ada kerja perlu diselesaikan mungkin saya akan lebih kerap pulang ke sini,” jelasnya.

sumber: Astro gempak via mstar / gengjoyah.com

Edry buka syarikat di Manchester demi anak

KUALA LUMPUR: Penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, 42, menubuhkan syarikat, KRU Entertainment United Kingdom Limited demi melihat anak ketiganya, Emery, 11, yang menghidap autisme mendapat pendidikan sempurna.

Syarikat yang berpangkalan di Manchester, United Kingdom (UK) itu akan memulakan operasi penuh penghujung tahun ini dan berperanan sebagai ejen promosi bagi membawa artis Asia serta antarabangsa mengadakan persembahan di dalam dan luar negara.

“Saya memilih Manchester kerana di sana ada sekolah terbaik untuk anak autisme. Saya belum mendaftarkan lagi anak kerana sesi persekolahan hanya bermula September ini.

“Saya akan lihat dulu perkembangan Emery dalam tempoh setahun atau dua tahun ini, jika tidak bersesuaian, dia mungkin dipindahkan ke sekolah lain.

“Menerusi syarikat ini, saya akan mencungkil bakat baharu di sana, selain menjadi ejen promoter untuk konsert artis antarabangsa di Malaysia dan Asia.

“Ia masih dalam proses penubuhan, insya-Allah hujung tahun ini akan beroperasi sepenuhnya,” katanya yang ditemui di majlis tayangan perdana dunia filem, Wheely, di sini, malam tadi.

Pulang ke tanah air selama seminggu bagi memberi sokongan kepada penerbitan filem animasi abangnya, Datuk Norman Abdul Halim, Edry berkata peluang itu juga dimanfaatkan untuk melepas kerinduan terhadap keluarga selepas lebih sebulan menetap di UK.

Selain itu, Edry juga masih menguruskan empat artis naungan KRU yang memerlukannya berulang-alik dari Manchester ke Kuala Lumpur.

“Walaupun berjauhan, tidak susah menguruskan mereka kerana kami boleh berkomunikasi menerusi FaceTime dan Skype. Segala perbincangan dan komunikasi hanya menerusi media sosial.

“Jika perlu, saya akan pulang ke ibu kota bersendirian. Anak juga masih belum faham mengapa kami ke sana dan menyangka sedang bercuti. Kami bawa mereka berjalan-jalan dulu sebelum sesi persekolahan bermula,” katanya.

Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata; Emil, Edylia, Emery serta Elya.

Sumber : Berita Harian Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*