Kesal Tidak Dengar Cakap Isteri, Datuk Aliff Syukri Luah Rasa Hampa

Selesai sudah rancangan Gegar vaganza musim kelima yang berakhir dengan sempurna pada tanggal 18 November 2018. Malam minggu akhir Gegar Vaganza berakhir dengan 5 finalis iaitu Maya, Amelina, Zamani, Dia Fadila dan Norynn Aziz. Norynn Aziz dinobatkan sebagai juara atau tempat pertama malam tadi dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,00.

Peserta lain yang turut berentap di pentas akhir Gegar Vaganza tahun ini adalah Dia Fadila (naib juara), Zamani (tempat ketiga), Amelina (tempat keempat), Maya (tempat kelima) dan Billy Zulkarnain (tempat keenam).

Berikut dibawah merupakan sedikit perkongsian mengenai Norynn Aziz :

1. Dikenali sebagai penyanyi yang memperjuangkan muzik Jazz dan R&B.

2. Memulakan kariernya dengan menganggotai kumpulan Sister-Sister pada tahun 1996, sebelum bergelar penyanyi solo sejak tahun 1997 menerusi album Fantasi O Realiti, diikuti Alam Maya (2006) dan I’m Alright (2010).

3. Antara lagu popularnya termasuk Cerita Cinta, Fantasi o Realiti dan Lara.

4. Pada November 1998, Noryn mendirikan rumah tangga dengan suami pertamanya, Anuarol Nizam Kechik @ Hamir.

5. Noryn berkahwin buat kali kedua pada 22 Januari 2010 dengan seorang arkitek bernama Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Raja Kamarul Bahrin juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu pada 2018.

6. Perkahwinan mereka beroleh seorang cahaya mata lelaki bernama Raja Bariq Umar Shah, berusia 4 tahun (2018).

7. Sejak tahun 2011, Noryn mula tampil di khalayak dengan penampilan bertudung.

8. Melalui laporan media, suami beliau mengesahkan permohonan penceraian mereka yang difailkan sejak tahun 2017, namun tarikh yang spesifik tidak didedahkan.

9. Pada September 2018, Noryn menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima, bersaing dengan 11 lagi penyanyi berpengalaman iaitu Amelina, Safura, Maya, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadila, Zamani Slam, Shafie (Rio), kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Namun, penaja utama Gegar Vaganza pada musim kelima kali ini menzahirkan perasaan sedih dan hiba dalam halaman instagram miliknya. Dengan kapsyen yang menyentuh hati dan mencuri perhatian ramai :

saya tahu awak marah sbb saya tak ikut cakap awak semalam.. sy tersepit selapa insident semalam sy rasa down dan malas nak fikir.. byk press dan sahabat kosmetik yg ada memberi nasihat kpd saya dan sy amat hargai..hnya org ada malam itu sahaja tahu keadaan saya..

Menerusi gambar yang dimuatnaik diatas, ramai juga yang memberi pendapat dan kata kata dorongan buat Dato Aliff. Berikut merupakan sedikit petikan komen netizen :

X pe . Jgn susah..org yg susah adalah org yg x dak duit nk buat satu program tp mintak sedekah dgn org yg berduit mcm dato …dato bukan pengemis …ini menunjukkan pihak tertentu itu x akhir baligh..n ..diorg akan akhir baligh bila hidung diorg bau tanah…hmm ..masa tu hmmm..x bleh buat apa 2 dah

awl2 datin dh pesan. dia nk g umrah dgn tenang. dato dh ada semua nya. memang dato minat nyanyi & dato ada duit blh buat apa apa datao nk. tp x semua yg kita nak tu tuhan restu.

Patut smlm dato naik pentas bg hadiah pd pemenang kn… Mcm dato vida… Astro mcm x reti nk hargai penaja ke… Dorang kuar duit byk kot… Dh dato lenkali jgn taja apepn astro punye program dorang dh byk duit…

Dato Aliff Syukri Juga memuatnaik kata kata nasihat daripada yatie_sendayutinggi :

terima kasih kak long  hnya org bisnes tahu apa yg say rasa tooo handle smua bisnes

Netizen juga tersentuh dengan kata kata seorang kakak buat adik nya :

Adik beradik ni xkisah la apepon,klu org ckp2 buruk psl adk bradik mst terasa jgk..cubit peha kiri peha kanan terasa..apa2 pon semoga sentiasa positif n kdg2 perlu kita dgr nasihat org..goodluck dato n semoga dirahmati Allah..semua yg menegur syg kt dato.. god bless u dato 

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan disini min rimbabara doakan agar Dato Aliff Syukri sekeluarga dianugerahkan kesejahteraan dunia dan dipermudahkan urusan, tidak lupa juga kejayaan yang kekal abadi di akhirat sana. Sama sama doakan yang terbaik agar Dato Aliff mampu menyumbang kebaikan dalam masyarakat, bangsa dan negara.

Sumber : IG aliffsyukriterlajaklaris via rimba bara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*