Lelaki Ini Dibelasah Teruk Oleh Bekas Abang Iparnya Dan Puncanya Didedahkan

AKIBAT berebut hak penjagaan anak selepas bercerai dengan isterinya, seorang lelaki dib3lasah sekumpulan lelaki termasuk bekas abang iparnya selain dih3ntak dengan kerusi dan meja di hadapan restoran di Salak Selatan, Kuala Lumpur, malam Jumaat lalu.

Mgsa turut ditumbuk bertalu-talu dan kejadian pada 9 malam itu telah dirakam orang awam di lokasi kejadian sebelum video berdurasi 27 saat itu menjadi tular di laman sosial sejak semalam.

MANGSA dibelasah sekumpulan lelaki termasuk bekas abang iparnya selain dihentak dengan kerusi dan meja di hadapan restoran di Taman Salak Selatan, Kuala Lumpur, malam Jumaat lalu.

Dalam rakaman berkenaan telah mendapati menunjukkan seorang lelaki terbaring sambil cuba menahan daripada dib3lasah empat lelaki menggunakan kerusi serta meja makan restoran. Fuh! macam gangster da

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asissten Komisioner Ruslan Khalid berkata, susulan kejadian itu, pihaknya sudah menahan dua lelaki berusia 26 dan 40 tahun yang terlibat di sekitar Seri Kembangan, Selangor, semalam.

“Kejadian berlaku di hadapan restoran di Taman Salak Selatan. Pergaduhan dipercayai berlaku selepas mangsa tidak berpuas hati mengenai hak penjagaan anak selepas dia bercerai dengan isterinya.

“Berlaku pertengkaran dan pergaduhan dengan bekas abang iparnya yang turut berada di tempat kejadian bersama bekas isteri mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dalam pergaduhan itu beberapa individu lain turut memukul mangsa menggunakan kerusi dan meja makan menyebabkan mangsa mengalami lebam di seluruh badan.

Menurutnya, setakat ini pihaknya menahan dua lelaki berusia 26 dan 40 tahun yangkedua-duanya berasal dari Seri Kembangan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera menggunakan objek merbahaya termasuk kerusi dan meja di tempat kejadian.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*