Lelaki Ini Minta Peminat Mariah Carey Jangan Bising Tetapi Semua Terkejut Apabila Mariah Carey Datang Ke Arah Mereka

KONSERTNYA akan berlangsung dua hari lagi, tetapi penyanyi Mariah Carey sudah berada di Kuala Lumpur.

Penyanyi yang memenangi anugerah Grammy ini menyiarkan gambarnya berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas dengan keterangan “Good morning, Kuala Lumpur” di Instagram.

Diva berusia 48 tahun itu akan mengadakan konsert di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen KL pada Selasa.

Kali terakhir beliau tampil di Malaysia pada tahun 2014.

Dalam kunjungannya kali ini, peminat pasti mengharapkan Carey menyanyikan beberapa buah lagu hitnya.

Beliau pada tahun mengeluarkan single baharu, With You, sebuah lagu balada.

Beliau menyanyikan lagu itu di Anugerah Muzik Amerika baru-baru ini.

Carey membuat penampilan pertamanya pada tahun 1990 dan sejak itu menjadi salah seorang artis terlaris di dunia.

Albumnya terjual lebih dari 200 juta unit dan telah mencatat tempat teratas dalam carta Billboard Hot 100 sebanyak 18 kali. -Sumber: MSTAR ONLINE

Penyanyi ini mula menyanyi pada tahun 1990 dan selalu menjadi antara artis yang mencatatkan jualan album tertinggi seluruh dunia.

Sehingga ke waktu ini, Mariah telah menjual lebih 200 juta album di seluruh dunia dan berjaya mengungguli carta Billboard Hot 100 sebanyak 18 kali!

PEMINAT TERUJA APABILA MARIAH CAREY DATANG SENDIRI

Ada beberapa komen netizen tentang kehadiran Mariah Carey ke Malaysia ” Artis Internasional macam Mariah Carey datang sendiri jumpa peminat, artis Malaysia jangan harap buat macam ini”

Satu video yang tular di media sosial menunjukkan kehadiran Mariah Carey di sebuah lokasi dan ketika itu ramai peminat sedang menanti. Mereka siap bawa papan sepanduk / kadboard dengan tulisan welcome Mariah Carey dan lain lain untuk menyambut artis kegemaran mereka.

Ketika Mariah Carey ingin masuk ke dalam, peminat masih menjerit dan datang seorang lelaki, tidak pasti samada pengawal peribadi atau pekerja di situ meminta semua jangan buat bising.

Sesuatu tidak dijangka terjadi apabila Mariah Carey sendiri berjalan ke arah peminat dia dan berinteraksi dengan peminat.

Artis kita tidak pernah ke buat camtu? 

Artikel By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*