Luahan Perasaan Aril Pilus Yang Sebak Pada Arwah Abang, Izwan Pilus

Kehilangan orang tersayang adalah perasaan yang paling perit buat seseorang yang melaluinya. Apatah lagi jika seseorang itu adalah yang paling rapat dengan kita berkongsi suka duka bersama.

Baru-baru ini, penyanyi Khairil Azam Pilus atau dikenali industi sebagai Aril telah memuat naik sekeping foto di tanah perkuburan abangnya iaitu penyanyi popular, Izwan Pilus. Dalam luahan kapsyennya, Aril memanjatkan rasa rindu terhadap abangnya yang telah pergi meninggalkan dunia 6 tahun lepas. Paling sebak apabila penyanyi yang mula dikenali menerusi program realiti, Akademi Fantasi itu menyuruh Izwan ‘menunggu’ kedatangannya.

ADIK kepada penyanyi Allahyarham Izwan Pilus iaitu Aril Pilus meluahkan perasaan rindunya ketika genap tujuh tahun pemergian abangnya.

Aril berkata, rasa rindu terhadap abangnya itu tidak pernah pudar walaupun sedetik.

“Hari ini genap tujuh tahun Izwan Pilus pergi meninggalkan kita mengadap Ilahi, rasa rindu yang tak pernah pudar walau sedetik mengenangkan kenangan suka duka bersama.

“Rasa terkilan melihat ada beberapa cita-cita dan impiannya yang tak sempat tercapai,” ujarnya.


Izwan terkena jangkitan kuman dalam darah dan kencing tikus.

Penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing tikus.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa jam dimasukkan ke wad.

Dalam pada itu Aril berkata, dia terlalu menyayangi lelaki itu dan sentiasa mendoakan allahyarham berada dalam kalangan orang beriman.

“Semoga tenang rohnya bersama orang-orang yang beriman, aku sayang abang aku sorang ni. Kalau aku pergi dulu, aku nak baring sebelah kau jugak ye bang.. aku sentiasa doakan kau.

“Aku tak leh tulis panjang-panjang la, mencurah air mata aku,” ujarnya.

‘Tunggu aku wan’

Setiap yang hidup pasti akan menemui penciptaNya, Al-Fatihah #KhairilIzwanPilus semoga tenang kau di sisi orang2 yang beriman, 6 tahun dah berlalu, tunggu aku ye wan, tanggungjawab aku kat muka bumi ni belom selesai lg ?anak buah kau da besar dah 2thn lebay umur #TunAdrielMikael lasak mcm aku wan!! ? patut la kau selalu pedajal aku masa kecik2! ?

‘Nanti kita jumpa ye’

 #Fans kau semua rindu kau, and masa aku shooting dgn dato @aliffsyukriterlajaklaris dia cakap dia peminat kau, dia suke lagu #KembaliSenyum ? anyway, nanti kita jumpe ye #IzwanPilus nama kau sentiasa dalam doa setiap kali lepas aku solat. Moga di permudahkan segala urusan di alam kubur, insyaallah..amin

Ramai yang membaca turut meluahkan rasa rindu mendengar suara Izwan yang pernah mewarnai corong-corong radio suatu ketika dulu. Hanya takziah yang mampu dikirimkan dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Peminat rindu, kirim takziah

Sumber: Instagram Aril Pilus

Sumber : Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*