Nor Hidayah Muatnaik Status Terbaru, Luahan Sayu Sambut Ramadhan Tanpa Suami Di Sisi, Buat Ramai Sebak

Kedatangan ramadan kali ini pastinya berbeza buat Siti Nor Hidayah, isteri Allahyarham pelawak Abam Bocey.

Ketiadaan suami di sisi benar-benar memberi kesan apabila Hidayah yang meluahkan rasa sedih menyambut bulan Ramadan tahun ini.

Hidayah atau nama sebenarnya Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 29, mengimbau kembali kenangan ketika dia dan arwh Abam pulang ke kampungnya di Sabak Bernam untuk berbuka puasa bersama keluarganya.

Menurut Hidayah, arwh Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan gemar membeli juadah berbuka seperti murtabak, ayam golek dan macam-macam lagi setiap kali mereka ke bazar Ramadan.

” Tahun lalu puasa balik Sabak mesti pergi bazar Ramadan Sabak beli juadah berbuka bersama arwh abang. Beli murtabak, ayam panggang, ayam golek dan macam-macam lagi.

” Adik-beradik pun semua balik berkumpul untuk berbuka sama-sama. Ramadan tahun ini terasa sangat sebab berpuasa tanpa arwh abang disisi sayang.

” Semoga abang tenang di sana. Kenangan kekal abadi hingga ke syurga. Al-Fatihah (dibaca) untuk Allahyarham suamiku sayang, Syed Umar Mokhtar,” kata Hidayah.

Hidayah turut memuat naik video kenangan dia bersama Abam ketika pulang ke kampung bertemu keluarganya di laman Instagram.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat rakaman tersebut dan turut mendoakan agar arwh Abam berada dalam kalangan orang beriman.

Dunia hiburan pada 10 Februari lalu dikejutkan dengan berita mengenai anggota kumpulan Bocey iaitu Abam meninggI dnia selepas mengalami dmam pnas selama dua hari.

Sebelum ini, Nor Hidayah yang membuat luahan perasaan di laman Instagram selepas genap sebulan pemergian Abam Bocey

Menurut Hidayah, dia reda dengan pemergian suami tercinta dan sentiasa mendoakan kesejahteraan arwh.

” Setiap yang hidup, pasti akan m4ti. Jika ditakdirkan pasangan kita meninggI dnia terlebih dahulu daripada kita, usahlah meraung tetapi berdoalah kepada Allah.

” Buat Allahyarham suamiku yang tercinta hari ni genap sebulan abang meninggalkan kami semua… Al-Fatihah Syed Umar Mokhtar,” katanya menerusi Instagram.

Perkongsian Hidayah itu mengundang sebak dalam kalangan pengikut termasuklah rakan artis yang memintanya terus bersabar dengan ujian kehilangan itu.

” Handsome arwh… semoga tenang sahabat di sana ditaman syurga,” komen pelakon Sharnaaz.

” Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Masa berjalan tapi kita sebagai manusia harus teruskan hidup. Doakan yang baik-baik,” tulis salah seorang pengikut pula.

Sementara itu, adik kepada abam iaitu Ali Puteh turut memuat naik lukisan menggunakan seni khat memaparkan wajah Allahyarham di akaun Instagram miliknya.

” Sekejap masa berlalu, genap sebulan pemergianmu! Al-Fatihah,” tulisnya.

Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia sembilan bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*