Lufya Berang Dan Beri Amaran Keras Apabila Dikaitkan Dengan Kontroversi Yang Tiada Kaitan Dengan Dia Dan Semua Sebab Salah Letak Gambar

PELAKON Lufya Omar memberi amaran kepada sebuah blog yang menyalahgunakan foto dia dalam artikel berkaitan dengan dua selebriti, Zarina Anjoulie dan Natasha Hudson.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata selama ini dia tidak pernah mengambil tahu hal orang lain atau mengaibkan sesiapa serta membuat video negatif.

Menurut Lufya, dia akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak blog tersebut tidak memadam foto dan berita itu tersebar di laman sosial.

Artikel daripada sebuah blog yang menggunakan fotonya.

“Fya tak pernah sibuk menilai orang lain, aibkan orang sana sini, cari gaduh dengan orang, buat video negatif dan tidak menjaga tepi kain orang lain.

“Jadi, tolong kalau orang lain bagi kenyataan tapi pakai gambar orang lain, itu adalah tidak betul.

“Sebelum fitnah ini tersebar luas dan tindakan undang-undang diambil. Tolong buang gambar saya dan cerita merepek ni di mana-mana blog/media sosial,” katanya.

Lufya memuat naik amaran tersebut serta foto berita di blog tersebut di laman Instagram miliknya.

Lufya tidak mahu dikaitkan dengan orang negatif.

Dalam pada itu, Lufya memberitahu dia dan Zarina adalah orang yang berbeza dan enggan dikaitkan dengan orang yang negatif.

Bekas pelajar program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini beranggapan artikel tersebut yang mengaitkan dirinya agak keterlaluan.

“Kami adalah dua orang yang berbeza. Saya tak suka dikaitkan dengan orang yang negatif!”Maaf sebab ini agak keterlaluan,” katanya.

Sumber Artikel : MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*