Mamat Khalid Dilapor Kritikal. Isteri Pohon Sesuatu Dari Orang Ramai

Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid dilaporkan sedang dalam keadaan kritikal di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Astro Awani memetik isteri beliau, Hasmah Hassan berkata Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu.

Katanya, ini selepas suaminya mengadu sakit dada dan batuk.

“Dia kini dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi dan doktor memberikan dos untuk bagi dia berehat,” jelasnya, lapor Astro Awani.

Hasmah berkata dia berharap rakan taulan dapat memberi ruang kepada Mamat untuk berehat secukupnya semasa menerima rawatan ketika ini.

Dia juga berharap peminat industri filem tanah air untuk mendoakan yang terbaik buat Mamat.

Antara filem arahan Mamat ialah Zombi Kampung Pisang, Apokalips X dan Estet.

Karya terbarunya, Hantu Kak Limah yang terbit pada Ogos tahun lalu melakar sejarah sebagai filem Melayu paling berjaya dari segi kutipan apabila memungut RM20.5 juta hasil jualan tiket dalam tempoh hanya 11 hari tayangan.

Pencapaian itu sekaligus memadam rekod filem Abang Long Fadil 2

Mamat Khalid Stabil Selepas Dimasukkan Ke ICU

PETALING JAYA: Pengarah filem Mamat Khalid dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Ampang, dekat sini, pada Jumaat selepas mengadu sesak nafas.

Bagaimanapun, isterinya, Hasmah Hassan, 54, berkata, keadaan pengarah itu semakin stabil dan tekanan darahnya juga beransur baik.

“Semalam dia mengadu sakit dada selepas balik dari kedai mamak, dia terlalu letih melayan tetamu yang datang pada majlis tayangan filemnya ‘Lebuhraya Ke Neraka” hingga ke malam.

“Bangun pagi tadi (Jumaat) keadaan dia sangat lemah dan anak-anak bawa dia ke hospital kira-kira pukul 9 pagi tadi,” ujarnya kepada mStar Online.

Hasmah berkata, tekanan darah suaminya terlalu tinggi dan pada tahap membimbangkan.

Katanya, setakat ini doktor masih lagi membuat pemantauan terhadap kesihatannya dari semasa ke semasa.

“Tekanan darah dia tinggi dan bimbang dia dia mendapat serangan jantung, namun Alhamdulillah, sekarang sudah semakin baik berbanding pagi tadi.

“Dia (Mamat) mahu keluar dari ICU dan duduk di wad biasa tapi doktor tidak benarkan. Mereka bimbang apa-apa berlaku terhadapnya jika berseorangan, kalau di ICU ramai yang jaga,” ujarnya.

Pada November 2014, Mamat turut dimasukkan ke ICU selepas mengalami masalah jantung tersumbat.

Dalam pada itu, tambahnya, pengarah filem Hantu Kak Limah itu juga sudah mampu untuk bercakap.

Sumber : mstar online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*