Mark Adam Pergi Ke Umrah Tetapi Sesuatu Dia Buat Telah Membuat Netizen Bersuara

PENYANYI dan pelakon Mark Adam mengakui sebak dan terharu apabila diberitahu permohonan untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri tercinta, Norazah Redzuan, 37, diluluskan.

Video Disediakan Di Bawah

Mark, 39, atau nama Islamnya Mark Adam Fikri Abdullah dijadual berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 2 petang hari ini bersama pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah serta rombongan jemaah lain.

“Setiap umat Islam mengimpikan untuk ke Makkah. Sejujurnya, saya tidak menjangka diberikan rezeki bersama isteri untuk ke sana hari ini.

“Malah, saya yang berhijrah dari Filipina ke sini hampir 20 tahun lalu tidak menjangka diberikan peluang ini oleh Allah SWT. Ini yang dipanggil ketentuan.

“Diakui saya dan isteri berasa sebak dan terharu. Setiap hari kami berdoa supaya ibadah ini dipermudahkan Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Mark berkata, dia memohon peminat mendoakan ibadah umrah yang bakal dilaksanakan dipermudahkan.

“Pegesahan mengerjakan umrah diterima sebulan lalu. Ini pertama kali saya dan isteri akan ke sana sepanjang 15 tahun berkahwin. Malah, ia juga umrah pertama buat kami berdua.

“Selepas dimaklumkan perkara itu, saya mulai belajar, baca buku dan menghadiri kursus. Malah, Shuib dan mutawif juga banyak ajar saya. Insya-Allah, di sana saya berhajat dan berniat untuk mempelajari lebih mendalam lagi ajaran Islam.

“Selain itu, saya juga ingin minta dan doa yang terbaik buat semua keluarga, keluarga mentua, rakan dan kebahagiaan perkahwinan kami. Saya juga memohon peminat doakan yang baik-baik untuk perjalanan ibadah kami,” katanya.

Menurut Mark, dia juga mahu berdoa sepuas hati semoga dikurniakan rezeki cahaya mata.

“Ini juga antara hajat dan doa saya. Saya dan isteri akan minta pada Allah supaya diberikan rezeki anak,” katanya. – HMETRO ONLINE

Video Mark Adam Tawaf

Komen Netizen Tentang Mark Adam Gunakan HP Ketika Ibadah Tawaf

Komen dibawah diambil dari Youtube Buddiey Channel

Adakah Tidak Boleh Guna HP Ketika Tawaf Semata Untuk Kenangan?

Semoga Doa Mark Adam Dimakbulkan …

Perkara-perkara Yang Diharamkan Semasa Ihram:

Melakukan persetubuhan: Iaitu melakukan persetubuhan dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya dari apa yang berlaku di antara lelaki dan isterinya seperti bercumbu bergurau senda dan seumpamanya.

Maksiat: Iaitu keluar dari ketaatan.

Berbantah: Iaitu membantah kawannya atau sesiapa sahaja sehingga boleh menimbulkan kemarahannya begitu juga perbalahan dan cacian.

Memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki).

Memotong rambut.

Wangian (iaitu memakai sesuatu yang berbau wangi-wangian).

Memotong kuku.

Menutup kepala bagi lelaki.

Berburu.

Memotong Pokok.

Memakai stokin dan kasut biasa tetapi harus memakai mana-mana kasut yang boleh memperlihatkan urat belakang kaki.

Menutup muka dan dua kaki ketika tidur

Perkara-perkara Yang Diharuskan Semasa Ihram:

Mandi dengan niat bersuci, membersihkan badan atau untuk menyejukkan badan tetapi tanpa menggunakan sesuatu yang berbau wangi seperti sabun yang berbau wangi, syampo yang berbau wangi atau ubat gigi yang berbau wangi.

Mencabut gigi.

Membelat kawasan yang patah.

Mengurut kepala atau badan tetapi hendaklah dengan lembut supaya tidak tergugur rambut atau bulu, apabila tergugur rambut atau bulu, sedekah wajib dikeluarkan.

Harus memakai selipar, cincin, cermin mata, pembesar suara untuk telinga, jam tangan, tali pinggang serta beg yang digunakan untuk menyimpan wang dan dokumen penting.

Harus menukar pakaian ihram dan membersihkannya tetapi makruh tanzih.

Sumber

Artikel By: KLV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*