‘Aku Kotor, Aku Kecil, Aku Tak Layak Berada Di Sini..’ Mas Idayu Sebak Selepas Pulang Dari Umrah

Semua orang ingin merasa keindahan bertapak ke Kota Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah, peluang keemas an ini dapat dirasai oleh penyanyi dangdut Mas Idayu.

Mas Idayu berkesempatan untuk menyempurnakan ibadah tersebut bersama anak perempuannya, Nur Dayini Asyiqah.

Setelah hampir dua minggu menjalani ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, penyanyi dangdut Mas Idayu meluahkan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan bumi Anbia itu. Pada masa yang sama, dia turut bersyukur menjadi tetamu Allah dan gembira dapat membawa anaknya Nur Dayini Asyiqah bersama-sama menunaikan umrah. Alhamdulillah!

Mas Idayu meluahkan rasa hati yang penuh dengan kesedihan dan sebak melalui postingnya di Instagram.

“ Setelah aku bersedih meninggalkan Kota Mekah dan Masjidil Haram”

“ Hari ini air mata ku mengalir lagi kerana meninggalkan mu ya Rasulullah”

Dia turut berdoa supaya ibadah dilakukan olehnya dan para Jemaah diterima Illahi dan dia telah tanam niat dihati untuk menjadi insan lebih baik.
“ Aku berdoa Allah terima umrahku, umrah jemaah bersama ku, umrah sahabatku”

“ Aku tidak baik, aku ingin menjadi baik, ingatlah namaku ya Rasulullah.”

Semoga umrahku diterima

View this post on Instagram

ya Rasullullah 🤲🤲🤲😭😭😭😭 setelah aku bersedih meninggalkan kota mecca dan masjidilharam ,hari ini airmata ku mengalir lagi kerana meninggalkan mu ya rasullullah ,, aku kotor, aku kecil, aku tak layak berada di sini.. tapi Allah masih menjemputku itu aku begitu bersyukur 😭😭😭 setiap hari aku buka jendela kamarku dikota medinah ini, aku dapat melihat kubah hijaumu, makam mu, aku beri salam padamu ……. aku akan merindui Alharam, Masjid nabawi , masjidilharam ,,🤲🤲🤲🤲aku berdoa Allah terima umrahku, umrah jemaah bersama ku, umrah sahabatku , setelah pulang menjadi yang lebih baik itu adalah yang Mabrur,, sekira sebaliknya , berilah petunjuk dan hidayah buat kami agar jadi lebih baik ya Allah … 🤲🤲🤲 Ya RASULLULLAH aku rindu padamu 😭😭😭 aku tidak baik, aku ingin menjadi baik , ingatlah NAMAKU YA RASULLULLAH

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001) on

Menurut Mas Idayu, pada awalnya dia berasa sangat kecil, kotor dan tidak layak untuk berada di Tanah Suci Mekah. Namun, dia tidak menyangka Allah memberikan kesempatan buat dirinya untuk melakukan amal ibadat di sana. Perasaan sedih semakin dirasai tatkala mereka selesai melakukan ibadah dan bakal meninggalkan bumi anbia itu. Di samping itu, penyanyi tersebut turut berdoa ibadah umrah yang dilakukan diterima oleh Allah dan dia diberi petunjuk agar menjadi insan yang lebih baik.

Foto bersama anak tercinta

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Mas Idayu

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*