‘Bukan Kriteria Isteri Idaman…’ Gara Gara Video Tak Pndai Goreng Telur, Nia Ramadhani Dikcam Org Ramai

Sesiapa sahaja yang mengikuti sinetron Bawang Merah Bawang Putih, pasti korang mengenali pelakon yang memegang watak antagonis Bawang Merah iaitu Nia Ramadhani.

Namun, selepas mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2010, pelakon jelita ini dilihat semakin kurang aktif dalam industri hiburan Indonesia.

Walau bagaimanapun baru-baru ini, viral satu video di media sosial yang menunjukkan pelakon jelita ini seakan-akan tidak tahu menggoreng telur walaupun sudah bergelar seorang ibu.

Menerusi video yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, Entong Ojjan memperlihatkan tingkah laku Nia yang agak kekok ketika mahu menggoreng telur dalam satu program hiburan ‘Ngopi Dara.

Nia yang juga merupakan hos dalam rancangan itu dikatakan perlu melakukan satu cabaran menggoreng telur mata dengan cara yang betul berentap dengan tetamu undangan, Yasmin Wildbllood.

Gelagat Nia yang memecahkan telur untuk dimasukkan ke dalam kuali dan digoreng itu telah mencuit hati tetamu undangan dengan menyifatkan bentuk telur tersebut seperti berbentuk abstrak.

Tidak cukup dengan itu, aksi spontan Nia yang seakan-akan ‘lari’ kerana takut terkena percikan minyak panas telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

‘Bukan kriteria isteri idaman’

Rata-rata netizen telah membanjiri ruangan komen dengan memberi kritikan terhadap pelakon jelita, Nia Ramadhani.

Tidak kurang juga ada di antara mereka yang turut mempersoalkan tentang tanggujawab Nia sebagai seorang ibu kerana menurut mereka, memasak merupakan satu perkara yang ‘wajib’ diketahui oleh semua wanita.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Entong Ojjan via Viddy Media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*