Datuk Ramli MS Dedahkan Kenapa Kumpulan Kool Tidak Berjaya Dan Tersingkir Dari Gegar Vaganza

NADA suara tidak merdu membuatkan kumpulan duo, Kool tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada konsert keempat yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor, Ahad.

Datuk Ramli Ms selaku ketua juri program Gegar Vaganza menyifatkan kekurangan dari segi keharmonian suara di antara dua anggota KOOL, Hairi dan Riot menjadi penyebab duo itu diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu keempat konsert.

Menurut juri tetapnya, Datuk Ramli MS, dia melihat gandingan kumpulan Kool dengan artis undangan Farawahida yang tidak ‘mesra’ membuatkan mereka tidak layak untuk bertanding pada minggu hadapan.

“Melodi lagu itu sangat senang dan nada suara, kemerduan itu tidak ada dan bila harmoni pun, ia agak bersepah.

“Bila harmoni pun agak bersepah membuatkan mereka tidak mendapat markah yang cukup untuk mara ke minggu hadapan.

Its nothing do to with Farawahida. Saya tidak boleh beri markah lebih kepada penyanyi undangan kerana mereka di sini hanya untuk support yang bertanding,” katanya kepada mStar.

“KOOL sendiri tidak mengumpul markah yang cukup untuk berada dalam kelompok ke minggu hadapan. Bukan berpunca dari pasangan duetnya, Farawahida.

“Saya tidak boleh berikan markah yang banyak kepada penyanyi undangan kerana kehadiran mereka ada untuk menyokong persembahan bersama peserta,” katanya

Kumpulan Kool yang dianggotai oleh Hairie ,51, dan Riot, 47, membawakan lagu Siapa Dia Sebelum Aku bersama Farawahida.

Sementara itu, Hairi dan Riot ketika ditemui sejurus selesai konsert mengakui rasa terkilan apabila KOOL diumumkan sebagai peserta yang mengumpul markah terendah minggu ini.

Sekali gus, ia mengekang perjalanan mereka untuk terus memberikan saingan pada minggu seterusnya.

“Sudah tentu rasa kecewa dan terkilan apabila diumumkan tersingkir dari sebuah pertandingan.

“Apa pun, kami sudah berikan yang terbaik. Kemungkinan lagu dibawa kurang ‘power’.

“Pada awalnya kami memilih dua buah lagu lain iaitu Senja Nan Merah dan Ku Miliki Bayangmu, bagaimanapun ia tidak dapat direalisasikan atas hal tertentu

“Dua lagu pilihan tak dapat nak nyanyikan. Jadi kita terpaksa akur dengan keputusan yang diberikan GV, kita akurlah,” akui mereka.

Dalam perkembangan lain, KOOL merancang untuk melancarkan single lama yang diberi suntikan baru khusus buat peminat.

“Sebelum sertai GV, kami sudah ada perancangan bersama Zizi Kirana, rakam kembali lagu lama KOOL.

“Single tersebut berjudul Ingat yang diberi nafas segar dengan muzik dan vokal baru serta diselitkan dengan rap,” jelas Hairi.

Terdahulu, KOOL yang mempersembahkan lagu Siapa Dia Sebelum Daku nyanyian asal Roy dan Francissca Peter bersama Farawahida mengumpul markah paling rendah iaitu sebanyak 49 peratus.

Gandingan Jatt dan Ayai terima pujian juri tetap

Sementara itu, sembilan peserta mara ke minggu hadapan ialah Wann, Norshila Amin, Feeza, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone dan kumpulan One Nation Emcee.

Minggu kelima kesemua peserta akan mempersembahkan lagu bertemakan ‘Curhat’ (curahan hati).

Selain Ramli atau Tok Ram, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu Hetty Koes Endang selain penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah sebagai juri jemputan.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dalam pada itu, penyanyi veteran, A. Halim menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro manakala Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi oleh Jatt Black Dog Bone.

GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar Online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*