Hanya Sekali Lafaz, EIIy MazIein Menamatkan Status Ibu TunggaI Dan Sah Bergelar Isteri Kepada Cikgu AzIan

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang akhirnya menamatkan status ibu tunggal yang dipegangnya selama lebih tiga tahun.

Lebih setahun berkenalan, penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan Che Nuh, 29, dengan sekali lafaz.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Elly, 40, dan Azlan, 30, itu berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Elly Mazlein akhirnya sah bergelar isteri kepada seorang guru, Mohammad Azlan Che Noh pada 9.09 malam tadi.

Mencuri tumpuan, pasangan itu telah dinikahkan sendiri oleh bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah yang disaksikan oleh Abdul Manaf dan Mohd Akmaluddin

Pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas serta lima dulang hantaran berupa barang kemas kepada Elly dan turut dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Pasangan itu turut diraikan dalam satu majlis resepsi selepas selesai akad nikah yang dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Elly tampak anggun apabila mengenakan sepersalinan baju kurung moden berwarna putih  menyerlahkan lagi kecantikannya. Sementara Azlan nampak segak dan kemas apabila mengenakan baju melayu putih.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Elly sendiri, Syed Hanafi Syed Abdullah, dengan disaksikan anggota keluarga kedua-dua belah pihak.

“ Saya bersyukur kerana segala-galanya dipermudahkan dan berjalan lancar seperti dirancang.

” Kini, saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan. Doakan kebahagiaan kami berdua.

“ Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin,” kata pelakon Kampung People itu.

Difahamkan kedua mempelai merancang untuk berbulan madu di Kota London.

Dalam pada itu, pasangan ini sudah merancang untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.

Semalam, sebuah majlis berinai diadakan serentak memperkenalkan serta mendedahkan wajah suaminya buat pertama kalinya selepas cuba merahsiakannya.

Terdahulu, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan yang disapa sebagai Papa Awan Nano pada 17 Disember tahun lalu.

Pelakon yang masih segar dengan lakonan dalam drama ‘Kampung People’ itu mula mendedahkan wajah bakal suaminya iaitu Mohamad Azlan Che Nuh di majlis malam berinai yang berlangsung di lokasi sama, pada Jumaat malam.

Elly dan Azlan, lengkap mengenakan busana songket berwarna biru gelap yang direka oleh pereka fesyen Jimmy Couture.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

Rata-rata peminat turut mengucapkan tahniah kepada Elly dan suami.

” Tahniah Kak Lina pom pom..cantik sangattt.semoga Kak Lina dan suami berbahagia melayari alam rumah tangga dan semoga cepat dapat anak”, komen Zarina

” Cantikk sangat Elly. tumpang gembira lihat Kak Elly akhirnya bergelar isteri. Semoga bahagia ke anak cucu”

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*