Nabila Huda Naik Angin Bila Kedai Makan Dia Dikutuk. Selepas Beri Respond Balas Akhirnya Ini Terjadi

Sabtu lalu, seorang pelanggan Waroeng Isabella memuat naik tweet yang menyatakan kekecewaannya terhadap menu yang dipesan dari premis milik pelakon Nabila Huda.

Menurut Alia, makanan dipesannya itu adalah hambar dan dia terpaksa menunggu selama dua jam untuk pesanannya disiapkan.

Meskipun begitu, Alia berkata itu hanyalah pendapat peribadinya sahaja dan mungkin bukan rezeki dia pada hari kejadian.

Tweet itu mendapat perhatian dari Nabila yang kemudian membalas tweet itu dan menjelaskan kenapa menu yang dipesan itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Disebabkan aduan dari pelanggan Nabila, dia membuat penjelasan tentang menu yang dikritik oleh salah seorang pelanggan itu.

Penjelasan dari Nabila itu membuatkan netizen terkejut dan menegurnya agar tidak memberikan respon seperti itu terhadap pelanggan di mana itu bukan caranya untuk berdepan dengan ‘feedback dari pelanggannya.

Antara komen komen netizen di twitter Nabila Huda

kappa mikey “This is not the way you respond for this issue. Customer tak kisah pun how hard you try to serve to give the best foods and services. If ada complaint, you fix it. Bukan going rage and explaim to customer what are you facing”

volterra “Dah besar kan? Ada orang condemn means kena perbaiki la apa yang kurang. Take it in a positive way, no need to rant like a kid. Plus 2 jam is too much to wait for a foods laa. Time is precious right now”

Tetapi ramai tidak sedar bahawa Nabila Huda telah pun buat pemohonan maaf

Posting twitter Nabila Huda tentang kritikan pelanggan tersebut pada sebelum 5.30 dan beliau meminta maaf pada 7.19pm. Walau macam mana pun, rata rata netizen masih tidak boleh terima.

Munkin silap Nabila Huda kerana terlalu cepat melenting tetapi manusia mana tidak pernah buat silap. Munkin ketika itu dia penat. Nabila telah beritahu akan improve kedai makan beliau. Jadi maafkan lah dia.

Kalau nak cuba boleh singgah ke Rasta, TTDI Kuala Lumpur. Boleh lihat dalam instagram Waroeng Isabella

Sumber Artikel: The Reporter / Nabila Huda

Edited: KL Viral

Notakaki: Admin tak pernah rasa menu ni.. nanti nak try. Harap tak tunggu lah 2 jam .. Apa pun nasi tambah takde cas memang admin loike.. hehe!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*