Hasrat Pelawak Kamal Chilok Yang Tidak Kesampaian Setelah Terlibat Dalam Kemalangan Dan MeninggaI Duniia

SELEPAS kom4 dua hari akibat kema4langan jalan raya, pelawak Kamal daripada kumpulan Chilok menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.15 petang, Sabtu.

ANGGOTA kumpulan Chilok iaitu Kamal terbabit dalam satu kmalang4n jalan raya di Putrajaya kira-kira pukul 2 petang, Khamis.

Menurut saudara Allah yarhamm yang juga penyampai radio, Isma Halil Hamzah, Kamal meningg4al dunia di Hospital Putrajaya kerana komplikasi akibat kema4langan tersebut.

Sementara itu, jnaz4h Allahyarham akan dibawa ke kampung halaman di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor dan dikebumikan pada pagi Ahad.

Kamal atau nama sebenar Mohd Kamal Shah Saharuddin meninggalkan seorang isteri dikenali Bea Zhari yang kini sedang hamil anak sulung.

Ketika kejadian, dia dalam perjalanan menghantar pesanan makanan patin tempoyak yang diusahakannya kepada pelanggan.

Kamal pernah menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2016 dan 2018 selain merangkul naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014.

Ketika dihubungi Harian Metro baru-baru ini, Kamal memberitahu dia akan berentap di kerusi panas MLM 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini.

Arwh yang juga bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor memberitahu mahu meluaskan bakat sebagai penyampai radio.

Dia mengalami kecederaan pada anggota badan serta pendar4ahan pada kepala dan tidak sedarkan diri.

Terdahulu, Kamal menyertai kumpulan KRONI dalam Muzikal Lawak Superstar (MLS) dianggotai oleh Achok Cilok, Kamal Chilok dan Wani Kayrie.

Sumber: Mstar, Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*