Dia Cari Jururawat Yang Bagi Nama Kepada Dia Apabila Dilahirkan. Nama Dia Memang Sangat Unik, Nak Sebut Pun Terbelit Lidah

“ SEHINGGA kini, saya tiada jawapan mengenai nama ini,” kata Pegawai Agensi Anti D4d4h Kebangsaan (AADK) Segamat, Fuaazuzakia Abd Mohidin Zaman, 34, mengenai keunikan namanya.

“ Saya tidak tahu apa makna di sebalik nama itu dan usaha mengesan jururawat itu masih gagal dan dipercayai dia sudah bersara dan berpindah ke lokasi yang tidak diketahui,” katanya ditemui di Pejabat AADK Segamat hari ini.

Menurutnya, dia hanya tahu nama unik itu dicadangkan oleh seorang jururawat kepada arwh datuknya, Ariffin Karim di sebuah hospital di Melaka ketika dilahirkan pada September 1985.

Menurutnya lagi, hanya arwh datuknya sahaja mengenali raut wajah jururawat itu dan pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mengesan wanita itu.

“ Usaha itu juga bertambah rumit selepas datuk meninggal dunia ketika saya berusia 12 tahun,” katanya.

Berikutan itu, bapanya, Abd Mohidin Zaman Ariffin, 64, dan ibu, Taminah Jaafar, 54, turut mendapatkan pandangan sudut agama kepada beberapa pihak berpengetahuan mengenai namanya.

“ Nama Fuaazuzakia tidak membawa maksud yang tidak baik dan kedua-duanya bersetuju dengannya.

“ Pada masa sama, kami turut melakukan pencarian di portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) beberapa bulan sekali selain hadir ke kaunter jika ada nama yang mirip atau sepadan, namun tiada,” katanya.

Menurutnya, dia menyedari keunikan namanya itu apabila hanya seorang sahaja individu yang memiliki nama itu di negara ini.

Fuaazuzakia berkata, dia sering ditanya mengenai kesahihan nama yang diisikan dalam setiap borang permohonan.

“ Ramai tanya sama ada benar ejaan nama saya itu kerana terlalu panjang, selain menunjukkan MyKad bagi memudahkan urusan.

“ Ada juga orang awam yang menyangkakan saya berbangsa Jepun berdasarkan nama itu.

“ Melalui panggilan telefon turut menjelaskan ejaan nama satu persatu, ada kalanya menggunakan ‘morse code’ (karektor ayat) bagi memastikan ejaaan nama itu betul.

“ Selain itu ada antara mereka yang baharu mengenali saya juga bertanyakan adakah betul panggilan nama saya, Fuaazu, Fua, Fuaazuza atau kena memanggilnya penuh ejaan kerana bimbang saya berkecil hati,” katanya.

Katanya, dia tidak pernah berasa tersinggung, panggian mudah hanyalah Fuaaz atau Fua sahaja sudah memadai.

Menurutnya, ketika majlis pernikahan bersama suami, Aznizan Abu Hassan, 37, pada 28 November 2010, saksi meminta sebutan nama saya itu diulang kerana kurang jelas dan menjadikan ià kenangan buat mereka.

Anak sulung kepada enam beradik iaitu empat perempuan dan dua lelaki berusia antara 15 hingga 31 tahun itu berkata, hanya dirinya seorang sahaja diberikan nama unik keluarga.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*