“Kasian suamimu di alam kubur” – Ramai Netizen Indo Komen Dekat Youtube BCL, Minta Tutup Aurat Lepas Ashraf Meninggal

Sejak Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lepas, ramai netizen prihatin dengan keadaan BCL serta anak mereka, Noah.

Digunakan untuk publisiti?

Baru-baru ini, pihak Indonesian Idol menerima kecaman hebat daripada orang ramai kerana didakwa menggunakan kesedihan BCL selepas kematian Ashraf demi mendapatkan rating.

Isu itu timbul selepas BCL menangis teresak-esak ketika Judika menyanyikan sebuah lagu ketika rancangan itu berlangsung. Video tersebut menjadi viral di Malaysia dan Indonesia di mana ramai pihak berpendapat produser rancangan itu tidak sensitif.

Netizen minta BCL tutup aurat

Sehingga kini masih berehat daripada media sosial namun Youtube channel BCL makin mendapat penonton malah jumlah tontonan video-videonya meningkat sejak pemergian Ashraf.

Ramai masih bersedih dan menonton video keluarga bahagia itu di Youtube BCL. Tapi, melalui video sambutan hari lahir BCL yang ke-36 ramai netizen tonton semula dan membanjiri bahagian komen dengan menasihatinya untuk berpakaian lebih sopan selepas pemergian Ashraf.

“ Semoga segera berhijab untuk meringankan hisab Almarhum suaminya.”

Ramai yang menegur cara pemakaian BCL di dalam video itu kerana menampakkan bahagian atas serta perutnya. Rata-ratanya meminta dan berdoa agar BCL akan berusaha untuk menutup auratnya selepas ini.

Pada usia yang hampir 40 tahun, netizen berpendapat BCL sudah patut tahu batasan aurat dan pergaulan antara lelaki yang bukan mahramnya.

Bukan semuanya boleh dipeluk cium. Suami tercinta telah pergi semoga BCL & anak lebih menghampiri Allah.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Kartel Dakwah

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*