Jadi Pembantu Mutawif, Ezad Lazim Kumpulan Exists Kongsi Pengalaman Beliau

Vokalis kumpulan Exists Ezad Lazim teruja apabila berpeluang menjadi pembantu mutawif ketika kunjungannya ke Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

Menurut Ezad, ini pengalaman pertamanya bergelar pembantu mutawif dan berharap dapat mendalami bidang ini.

“ Tahun ni pemergian saya sedikit berbeza kerana saya menjadi pembantu mutawif. Bila jadi pembantu mutawif, pengalamannya sangat unik.

“ Orang kata bila jadi pembantu mutawif, kita tak boleh nak buat umrah sangat tapi sebenarnya boleh je kita pun sama-sama buat ibadah cuma kita kena lebihkan pada jemaah.

Apa-apa, kita kena utamakan jemaah dan kita kena guide mereka,” ujar Ezad kepada Gempak.

Ezad ditemui selepas majlis Cinta White Ballroom by Ezad Lazim yang diadakan di Dewan Sri Taming, Balakong pada Ahad.

Tambah Ezad lagi, pada awalnya dia agak ragu-ragu untuk menerima pelawaan ini namun menganggapnya sebagai satu jalan pembuka rezeki.

“ Idea untuk jadi pembantu mutawif sebenarnya timbul bila saya bercadang nak pergi umrah, tiba-tiba ada kawan dari agensi umrah yang menawarkan saya pergi sebagai pembantunya.

“ Mula-mula saya ragu-ragu juga macam layak ke saya jadi pembantu mutawif tapi ustaz tersebut meyakinkan saya,” tambah Ezad lagi.

Dalam perkembangan lain, Ezad dan isterinya Zeana bakal bersanding buat kali kedua sebagai tanda meraikan ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*